Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara iaitu, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Hanis Zalikha |
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog, yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan baru-baru ini.
Selain daripada Siti, yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat), dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).
Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain, berada di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber, dan Luna Maya, artis kontroversial dari Indonesia.
Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga, di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh; manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, di tempat kelapan.
Akhbar Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai 'misteri' hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi.
Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain, berada di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber, dan Luna Maya, artis kontroversial dari Indonesia.
Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga, di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh; manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, di tempat kelapan.
Datuk Siti Nurhaliza |
'Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.
'Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,' kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.
Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Datuk Siti Nurhaliza, Hanis berkata maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.- Metro Ahad.

0 komen:
Post a Comment