Alhamdulillah, aku sangat menyokong tindakan Ustaz Zakaria Ahmad untuk saman Utusan, NST dan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya dalam kes fitnah berkenaan isu khutbah yang dicanang geng UMNO sebelum ni.
(Berita asal scroll ke bawah.. Mukadimah yang aku dok merungut ni adalah dari pandangan peribadi dan 'kritikan manja' untuk setidaknya menjana kesedaran dan fikiran sesetengah mereka yang masih taksub, tak sedar ditipu, buta perut, tak sedar diri dan masih bahlol dengan kejahilan UMNO/BN berhubung soal ISLAM dan agama ALLAH SWT ni).
Ustaz Zakaria Ahmad |
Aku doakan agar Ustaz Zakaria menang kes ni untuk membuka mata rakyat dan penyokong tegar UMNO/BN akan busuknya hati puak UMNO/BN ini yang sanggup gunakan fitnah isu agama demi meraih sokongan rakyat. (Mari kita sepakat berdoa supaya kemenangan berpihak kepada Ustaz Zakaria).
UMNO/BN ni memang tak serik-serik menfitnah!!! Sudahlah mengaku Islam lepas tu berani pulak politikkan isu agama semata-mata untuk menghasut rakyat. Golongan pemimpin macam inikah yang harus menjadi pilihan rakyat.
Sengaja memporak perandakan hal berkaitan agama ALLAH untuk kepentingan politik mereka. Kemudian hebohkan kepada dunia bahawa teruknya Islam ini hanya kerana Islam ini di bawah naungan pembangkang. Yang baik itu pasti akan di bolehkan hingga berpihak pada mereka. Media akan senyap membisu jika sesuatu perkara tidak menyebelahi pemerintah!!!.
Rakyat diperbodohkan dengan tafsiran Islam suatu agama yang sempit. Apa bezanya Islam pemerintah dengan Islam pembangkang??? Pastinya ini menjadi wadah yang makin menjarakkan golongan yang jahil dari memahami untuk menerima Islam. Bukan Islam pasti tidak akan melihat@mengadili isu ini pada dua cabang(Islam) yang berbeza!! Pada mereka, Islam tetap Islam !! Pembangkang 'menerima' bukan Islam tetapi Pemerintah 'menolak' bukan Islam!! Dimana logiknya Pemerintah akan menerima Islam?
INGAT!!! Jangan rakyat jadi bodoh dengan mempercayai fitnah jahat UMNO/BN ini. Berubahlah! Sampai bila kita nak memusuhi parti yang memperjuangkan Islam??
Fikirlah beb !!!
Ok, berhubung isu tajuk di atas..
Aku nak tanya korang dengan pengetahuan Islam paling lemah,
*korang rasa wajibkah kita menyebut nama-nama pemerintah di dalam isi kandungan teks doa especially doa khutbah!!!? Terbatalkah solat sekalian jamaah itu jika tidak menyebut nama yang 'digazetkan' pada teks doa tersebut? atau terbatalkah solat itu sekiranya nama yang disebut dalam doa(di'amin'kan) itu ialah dari kalangan orang bukan Muslim?
{kalau tak reti jawab jangan berlagak pandai, jangan bodoh sombong!}
Fikirkan.. Adakah pemimpin itu titlenya sama level dengan Nabi dan Rasul? Tidakkah golongan pemerintah itu juga sama seperti manusia biasa di dalam agama ISLAM?
Weh!!! Islam itu adil, Islam itu terbuka, Islam itu mudah, Islam itu bukan hanya untuk melayu!!! Jangan jadikan Islam itu seperti UMNO/BN yang zalim dan tamak!!!
(Sultan sememangnya diakui sebagai ketua agama Islam di negara kita dan diakui rakyat tetapi tidak menjadi kewajipan pada suruhan agama@Islam)
(Doa tidak menjadi syarat sah dalam menunaikan solat. Doa itu sekadar sunat la weii..kalau tak berdoa pun tak batal solat la wehhh!!!)
(Jangan anggap ini isu kecil, korang tau ka apa yang apek, nyonya tu describe pasal fitnah ni?)
(Melayu UMNO sendiri yang tolak Islam, apatah lagi Chua Soi Lek! Memang tak hairan la kalau Soi Lek, bukan Islam yang menghina Islam..tak guna punya Melayu Umno ni!!)
Tuan Haji?? Shabudin Yahaya |
Ustaz Zakaria Ahmad saman Utusan Melayu, NST, penfitnah Shabudin Yahaya
PULAU PINANG (21 Dis 2010): Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya <--(lihat profil?klik la) disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.
Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.
"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.
"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.
Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.
Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.
"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.
Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.
Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.
Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.
Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.
Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu.
sumber : berita panas dan terkini ---->> SharpShooter
- Sedarlah, kita ini sekadar penumpang di bumi Allah SWT!!
- Sedarlah, dunia ini hanya nikmat sementara.
- Sedarlah, kita ini hanya insan yang lemah dan bodoh.
- Sedarlah, siapa kita untuk menentukan siapa yang layak pada agama ALLAH.
- Sedarlah, kita ini sebenarnya (kononnya Islam) sedang menjayakan ISLAMOPHOBIA.
- Sedarlah, kita masih bodoh dan tidak sedar bahawa nikmat Iman dan Islam yang automatik diberikan kepada bangsa melayu ini hanyalah sekadar UJIAN.
- Sedarlah, kita bukan ISTIMEWA untuk senang dan mudah diterima di akhirat apatah lagi di Syurga-NYA.
- Sedarlah, kita secara tidak langsung sedang menjadikan bangsa Melayu ini sama seperti bangsa Yahudi yang tidak boleh menerima bangsa lain demi AGAMAnya.
- Sedarlah, kita tidak di jamin untuk terus hidup walau 30 minit dari sekarang.
- Sedarlah kita ini sangat lemah yang nyata mudah dilalaikan oleh musuh2 Islam demi menjayakan agenda mereka mengekang pergerakkan dakwah ISLAM.
Tidakkah kita malu, setiap hari kita memohon nikmat, limpah rezeki, kebaikkan, kesempurnaan hidup daripada-NYA walhal kita dengan zalim enggan menerima undang-undang dan segala yang telah diWAJIBkan-NYA kepada kita.
Taubatlah kalian sementara masih punya waktu dan kesempatan !!!
Jangan kita menempah seksaan yang dijanjikan ALLAH di akhirat kelak.
Bahkan kita dengan megahnya menegakkan undang-undang ciptaan manusia dan lebih malang ianya daripada telunjuk orang2 kafir, musuh2 Islam. (Malaysia@wikipedia) , (undang2 Malaysia)
Bagaimana kita sanggup mengelarkan negara kita sebagai negara Islam sedangkan kita jelas mengamalkan sistem undang-undang daripada musuh2 Islam. (tidakkah ia seperti mempermainkan suruhan dan kehendak ALLAH SWT sebagai Pencipta langit dan bumi).
Adakah Islam yang di cipta-NYA hanya untuk solat, puasa, dan menunaikan haji? (nauzubillah, jika itu yang kita labelkan pada agama ALLAH yakni Islam secara tidak langsung kita sudahpun terkeluar daripada agama ISLAM atau MURTAD!!!.)
Nescaya tidak ada gunanya kita mengaku beriman pada ajaran Allah SWT jika kita memilih mereka yang menolak perlaksanaan ISLAM (undang-undang) dan mereka yang sekadar mengaku ISLAM dengan kepura-puraan.
Inilah sebenarnya ujian besar ALLAH SWT kepada kita (Melayu) dengan memberikan nikmat Islam secara baka@semulajadi tanpa perlu menghadapi rintangan dan cabaran.
Fikirlah sejenak sekiranya kita ini dilahirkan sebagai bukan Islam@ dari kalangan keluarga bukan Islam!!!,
Agaknya adakah kita layak untuk mendapat tempat dan kelebihan nikmat hidayah keISLAMan daripada ALLAH SWT.
Jika kita percaya pada agama ALLAH SWT, bertaubatlah dan mohonlah pada-NYA agar diberikan petunjuk dalam menilai perkara yang benar untuk meraih keredhaan serta petunjuk menuju jalan-NYA yang benar lagi lurus.
Serulah pada mereka yang memperjuangkan ISLAM tanpa perlu rasa syak dan janganlah kita sewenangnya menilai perjuangan mereka dengan tafsiran negatif.
pss: PAS memperjuangkan agama ALLAH, dan jika kita menolaknya sama seperti kita menolak agama ALLAH SWT. Percayalah ALLAH itu Maha Besar lagi Maha Adil.
Jika benarpun PAS itu berpura-pura memperjuangkan ISLAM pasti ALLAH SWT akan memberikan balasan pada mereka di akhirat kelak.
Jangan kita menghukum mendahului ketentuan Allah SWT dan kita WAJIB bersama-sama PAS jika kita mengakui kita adalah umat ISLAM!!!.
Marilah kita berjuang menegakkan agama ALLAH.
Bangunlah wei bangsaku!!!!
Bangkitlah Melayu dari mainan politik kotor UMNO/BN. Tidak nampakkah kita bagaimana UMNO/BN menggunakan sepenuhnya kuasa memerintah untuk memperalatkan media-media saluran perdana dengan menabur fitnah dan berita yang sangat2 jarang memberi kelebihan pada pembangkang.
Bandingkan Islam yang di tadbir kerajaan PAS dengan UMNO/BN!!
Kelantan yang ditadbir oleh kepimpinan Islam tetap membangun dengan pesat walaupun dana peruntukkan untuk negeri itu disekat oleh kerajaan persekutuan.
Jauh sekali perbezaannya jika di bandingkan dengan negeri2 naungan UMNO/BN seperti Sabah dan Sarawak. Walaupun negeri ini mempunyai sumber asli dan hasil semulajadi yang melimpah ruah tetapi pembangunanya masih lemah dan lembab jika dibandingkan dengan negeri Kelantan.
(dimana dana yang diperuntukkan itu disalurkan?).
(kemewahan hanya di kecapi oleh pemimpin2 UMNO/BN).
(rakyat negeri itu dibiarkan hidup dengan amalan nenek moyang mereka demi kerakusan dan sikap tamak mereka!!) (Masuk akal ke? takkan la dah lama memerintah masih tak mampu membangun? lembabnya UMNO/BN ni..)
Tak guna punya UMNO/BN !!
Isu-isu berkaitan agama di jadikan sumber untuk meraih simpati murahan daripada rakyat marhaen..
Lihatlah betapa jahatnya mereka-mereka yang kononnya melayu Islam ini meracuni fikiran rakyat berhubung isu agama. Hal ini secara tidak langsung akan memberi perspektif dan gambaran negetif kepada mereka yang ingin mendekati Islam dan khususnya pasti kepada golongan bukan Islam.
Perosak Fikiran Rakyat (motto sebenar untuk Utusan Melayu)
Inilah perosak fikiran rakyat yang pasti akan menggambarkan Islam ini sesuatu yang sempit dan lebih parah ialah ISLAM ini akan kekal dilihat sebagai ISLAMOPHOBIA.
Paling penting disini ialah insan-insan, manusia-manusia yang beragama Islam ini turut mengiyakan hal ini tanpa usul periksa. Sudahlah ilmu di dada tidak seberapa, lepas tu pandai-pandai pula menjatuhkan hukum pasai agama ni. (insan2 itu ialah blogger2 pro Umno/BN yang tak cerdik tapi tak reti malu, eksyen cerdik)
Kalau dah tak cerdik tu rujuk la pada mereka yang arif perihal agama. Rujuklah ustaz2, guru agama, para ilmiah agama, badan2 agama sebelum provoke sesuatu berita. Mereka-mereka inilah sebenarnya yang merosakkan ISLAM. (bukti sahih tak ada pun, cuma dok jaja repot polis ja, tapi dok reka cerita macam hantu raya!! mangkok betoi la puak ni!!)
Weh Melayu Islam, janganlah kita jadi manusia yang angkuh dalam mempropagandakan hal dan isu berkaitan agama demi kepentingan politik.(Islam mengajar umatnya merujuk,berbincang sekiranya menghadapi kesulitan@salah faham@pertikaian berkaitan agama. Jika tidak, apa gunanya cerdik pandai(agama), alim ulama, selain kurniaan (panduan dan sumber rujukan) iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kitab-kitab, fatwa2,.)
Tidakkah Al-Quran itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad saw sebagai rujukan dan panduan? Nauzubillah.. Janganlah tunjukkan diri kamu terlalu bangang sempitkan agama ALLAH Taala ini. Janganlah jadi golongan yang sangat bodoh lagi sombong.
Cukuplah Islam itu di burukkan di barat!!! Janganlah kita yang dah Allah taala berikan nikmat iman dan Islam ni mengiyakan tanggapan musuh-musuh Islam. Seolah-olah Islam ini lebih teruk daripada bangsa Yahudi !!!
Bukalah mata weh.. Jadilah manusia yang cerdik. Adililah sesuatu berita dengan sumber-sumber yang sahih khususnya perihal agama ni!! Ini bukan berita sukan, bukan berita bisnes, bukan berita dunia, ini berita agama ALLAH!!!.
Sudahlah.. Taubatlah.. Insafkan diri dan berdoalah kepada Allah taala moga-moga Dia tidak butakan mata hati kita, supaya kita tidak termasuk dikalangan orang-orang yang rugi dan golongan yang sia-sia ataupun MUNAFIK.
pss: apa yang istimewa sangat backing umno/bn ni? korang dapat half price ke isi minyak kereta? Gula dapat diskaun ka? Robert Kuok (taikoon gula Malaysia no 33 paling kaya di dunia! rakyat? Sanggup gadai nyawa(meragut) RM10 demi sesuap nasi!) dan keturunan dia kaya raya tapi rakyat masih merungut tak cukup gula, dah la harga makin naik!! tu pun kita tak nampak ka??
lagi cerita berkaitan..
2 komen:
hahaha...kau ni lawak lah dol.
terima kasih, tapi lebih molek jika dinyatakan sebab2nya saudara.
sememangnya diakui saya ni cuma insan yang serba kekurangan. dan teguran, nasihat saudara sangat di perlukan untuk saya memperbaiki apa yang umum lihat perlu 'diservis'. :)
Post a Comment