Sunday, December 19, 2010

Menjaga lidah

Jom kita kongsi beberapa hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan 'lidah'. Mudah-mudahan dapat kita menjaga adab pertuturan kita seharian untuk hari-hari mendatang. InsyaALLAH..


Lihatlah betapa besarnya pengaruh kuasa mulut yang kita ada. Kalau tidak masakan ada pepatah Melayu mengatakan ''kerana mulut badan binasa''. 


Jauhilah percakapan yang sia-sia..
Dan teringat juga aku kata-kata daripada Hamka: kata-kata yang lemah dan beradap dapat melembutkan hati dan manusia yang 'keras'.

Dan kata-kata daripada Saidina Ali Abi Talib: Apabila sempurna akal, kurang perkataan.. Renungkanlah untuk sahsiahkan diri kita.. 




Hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.

1. Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjaga apa yang berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (alat kelamin), maka aku jamin syurga kepadanya." 
(HR Bukhari dan Tirmidzi).

2. Daripada Abu Hurairah : Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah SAW tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik." Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab, "Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)." 
(Fathu Bari, Jld 8: 316 ).

3. Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah SAW bersabda, "Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu."

(HR Tirmidzi).

4. Daripada Abu Said Al-Khudri: Rasulullah SAW bersabda, "Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: 'Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kepada Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) bergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami." 

(HR Tirmidzi).

5. Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah SAW bersabda, "Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu," 

(Minhajul Abidin: 139 ).

6. Daripada Ibnu Mas'ud: "Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu pun yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah." 

(Al-Targhib, Jld 3: 526 ).

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...