Monday, March 21, 2011

Seorang daripada setiap lima rakyat M'sia berisiko jadi gila

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya seorang daripada setiap lima rakyat Malaysia berisiko menjadi gila jika mereka mengalami masalah kesihatan mental dan tidak mendapatkan rawatan dengan segera serta teratur.


Ramalan itu berdasarkan hasil Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga yang menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia menderita masalah kesihatan mental.

Lebih membimbangkan, masalah gangguan fikiran dijangka tersenarai di tangga kedua penyakit utama dunia, selepas penyakit jantung koronari menjelang 2020, lapor akhbar Berita Minggu Malaysia dalam satu laporan eksklusifnya, semalam.

Kajian beban penyakit oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan empat penyebab utama masalah kesihatan mental ialah kemurungan, kegelisahan, sukar tidur dan bunuh diri.

Kaji selidik kesihatan dan morbiditi itu, kali terakhir dianalisis pada 2006, mendapati 19.5 peratus individu di Malaysia yang mengalami masalah mental didapati dalam kumpulan umur 70 hingga 74 tahun, manakala 14.4 peratus ialah golongan muda berusia 16 hingga 19 tahun.

SAY NO TO UMMMMNOOOOO
Lebih meresahkan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kesedaran masyarakat terhadap rawatan bagi penyakit mental kian menurun berdasarkan hanya 1.2 peratus hingga 1.5 peratus merujuk kes mereka ke pusat kesihatan kerajaan dalam tempoh tiga tahun, berbanding jumlah keseluruhan pesakit yang berurusan atas pelbagai masalah kesihatan.

Statistik kementerian mendapati jumlah kes masalah mental menerima rawatan di hospital kerajaan berkurangan setiap tahun, dengan 26,186 kes dicatat pada 2009 berbanding 27,558 pada 2008 dan 27,394 pada 2007.

Ahli penasihat Kesihatan Mental merangkap ahli majlis penasihat Promosi Kesihatan Mental Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, dipetik akhbar itu sebagai berkata masyarakat perlu memikirkan kaedah bagi menangani tekanan hidup dan mengamalkan gaya hidup sihat.

'Masalah ini turut berpunca daripada perkembangan teknologi dan pembangunan. Ramai menghidap penyakit mental disebabkan tekanan hidup lalu mudah marah dan mengamuk, tetapi tekanan ialah sebahagian kehidupan.

'Oleh itu, kita perlu berusaha mengatasinya,' kata beliau.

pss: Rakyat jadi gila babi kerana UMNO/BN. Hampa la pelingkup, perosak, penjahanam. Rakyat yang dah susah makin susah, lepas tu jadi gila pulak.. memang elok laaaa. Memang UMNO pelingkup no 1 Malaysia..
BANkG..BANkGGG..BANGGGGGG

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...