Saturday, March 26, 2011

Melayu makin susah, terus susah dan takkan senang dengan UMNOOOO!!!!

Wei UMNOOOOOOOOOOOOO dimana melayu melayu melayu yang kamu perjuanggggg>???????????????????????????????


Saham milik syarikat bumiputera cuma RM2b

Najib: Penyusutan daripada jumlah asal RM54 bilion disebabkan sikap tidak hargai peluang

KUALA LUMPUR: Saham milik syarikat bumiputera di Malaysia cuma tinggal RM2 bilion ($832 juta) iaitu penyusutan sebanyak RM52 bilion berbanding jumlah asal bernilai RM54 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata penyusutan ketara itu disebabkan sikap negatif masyarakat bumiputera sendiri yang tidak menghargai dan tidak mengoptimum peluang diberi, sebaliknya lebih gemar terperangkap dalam soal hak.

Katanya, kerajaan sedar banyak pihak akan marah apabila mereka dihadapkan dengan fakta tersebut sedangkan bagi menyelesaikan isu itu, masalah sebenar perlu dikenal pasti sebelum menyelesaikannya.

'Inilah kerugian dan pembaziran bukan sahaja kepada individu malah masyarakat bumiputera secara keseluruhan jika kita hanya memberi tumpuan terhadap hak tanpa mengoptimumkan peluang yang terbit daripada hak tersebut,' kata Datuk Seri Najib.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Anugerah ICT Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF)-Awani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut, Datuk Seri Najib tidak mahu masyarakat bumiputera abad ke-21 berterusan terperangkap dengan polemik hak yang tidak berkesudahan.

Sebaliknya, beliau mahu golongan tersebut bangkit menjadi sebuah masyarakat yang berdaya tahan serta mampu mencipta kejayaan dengan menerokai pelbagai peluang dalam bidang yang masih belum diterokai.

Menurutnya, masyarakat bumiputera perlu berubah jika tidak mahu dilihat sebagai kaum yang gemar meminta-minta, cepat berpuas hati serta suka berada dalam zon selesa agar tidak berterusan ditinggalkan kaum lain.

'Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu dan menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, jangan kita bersikap dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isi,' katanya

Menyentuh mengenai perkembangan ICT di Malaysia, Datuk Seri Najib bangga kerana Malaysia kini mempunyai asas yang kukuh dalam bidang tersebut, terutama dalam aspek pembangunan perisian, aplikasi serta sebagai pembekal.

Tambahnya, industri ICT memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE) dengan berpaksikan pengetahuan serta inovasi. -- Utusan Malaysia.


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...