Sunday, January 16, 2011

Cucu dan tiga rakan rompak, tikam datuk hingga mati

JEMPOL (Negeri Sembilan) : Sudah tiada lagi rasa hormat seorang remaja apabila membawa tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan, merompak dan menikam sehingga mati datuknya di rumah mangsa di Felda Palong Dua, dekat sini, malam Khamis lalu.

Mereka yang melarikan wang tunai dan barang kemas bernilai RM10,000 membiarkan sahaja warga emas itu, yang ditikam empat kali, rebah dan berlumuran darah.

~gambar hiasan~
Neneknya pula dipukul dan diketuk dengan objek keras di tangan dan bahu menyebabkan beliau terbaring kesakitan.

Mangsa, Encik Mokhtar Yusoh, 71 tahun, meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah, di hadapan isterinya, Cik Halimah Mad Yasin, 57 tahun.

Assistant Commissioner Hamdan Majid
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Penolong Pesuruhjaya Hamdan Majid, berkata cucu lelaki Encik Mokhtar yang berusia 17 tahun bersama tiga lagi rakannya berusia antara 15 dan 18 tahun, ditahan di sekitar kawasan berkenaan tidak lama selepas kejadian. 
- Utusan Malaysia.

lagi..
pss : seharusnya adik ni kena belajar merancang.. kalau sendiri bunuh confirm kena tangkap..tapi kalau  rancang takpe..tak salah..hahahaha

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...