INSAF: Radhi (kiri) menandatangani perjanjian menjalani pemulihan sambil diperhatikan pegawai Pengasih, Encik Razak Mohd. |
Radhi, 33 tahun, mengaku mengambil dadah sejak 1997.
'Saya nekad dan memandu sendiri ke Pengasih. Syukur, Allah swt masih beri saya peluang berpijak dalam industri. Saya sifatkan ini peluang terakhir.
'Sungguh... saya menyesal. Saya asyik ulang kesilapan sama dan sebagai bapa, ia tidak sepatutnya berlaku. Kegagalan rumah tangga, kehidupan peribadi yang kucar-kacir dan ketidakstabilan kerjaya menyedarkan saya.
'Saya tidak mahu anak membesar dalam suasana tidak sihat. Pasti hatinya hancur jika saya hanyut dalam kancah sosial.
'Lima tahun saya hilang daripada industri disebabkan tabiat buruk ini. Pernah sebelum ini saya cuba bebaskan diri daripada dadah dengan mengikuti beberapa program pemulihan, tapi tak berjaya. Mungkin masuk Pengasih jalan terbaik.

Radhi dan anaknya |
'Lagipun Pengasih badan profesional dan diiktiraf pelbagai pihak. April lalu, Pengasih pernah tawarkan saya mendapatkan rawatan tetapi saya tolak kerana yakin mampu mengatasi sendiri masalah ketagihan ini.
'Bagaimanapun, saya gagal dan diharap keputusan yang saya ambil kali ini boleh pisahkan terus saya daripada dadah,' katanya kepada Metro Ahad.
Menjadikan penyanyi tersohor, Jamal Abdillah, sebagai mentor, beliau yakin usaha disusuli doa pasti membuahkan hasil positif.
'Setidak-tidaknya saya tidak menipu diri sendiri dan peminat. Ramai artis di Malaysia berdepan masalah seperti saya tapi mereka hipokrit. Mereka sanggup simpan masalah ini sendirian hingga memakan diri sendiri.
'Saya tidak malu mengaku saya ambil dadah. Sebagai penyanyi, saya hak masyarakat dan menjadi tanggungjawab saya berkongsi cerita ini dengan mereka. Saya tidak melihat ia sebagai perkara mengaibkan,' katanya.
Ditanya pengalamannya di Pengasih, Radhi mengakui pada peringkat awal sememangnya mencabar.
'Mental kena kuat, tetapi saya tenang di sini. Selain mahu meninggalkan terus dadah, saya juga mahu mendalami ilmu agama yang saya abaikan sebelum ini, termasuk belajar mengaji,' kata beliau.

pss: Alhamdulillah, meh kita doakan semoga Radhi diberi petunjuk ke jalan kebenaran oleh Allah SWT. Kagumnya aku dengan kesedaran yang ada pada Radhi. InsyaAllah yang Maha Esa pasti meredhainya. Amin ya rabb..
0 komen:
Post a Comment