Sunday, January 16, 2011

Negara Islam ke macam ni?

Assalamualaikum..Salam sejahtera

Semakin hari semakin berani orang bukan Islam mempertikai tentang sesuatu yang berkaitan dengan Islam khususnya dari puak MCA.
dimanakah kamu wahai ulama? atau adakah kalian sekadar boneka umno?
Keadaan ini pasti sangat membimbangkan apatah lagi isu ini langsung tidak kelihatan bermain di media perdana. Berbeza apabila isu kaum di sentuh oleh pihak-pihak tertentu. Pelbagai tohmahan dilemparkan seolah-olah dosa yang dilakukan itu seperti membunuh orang.


Kali ini laungan seruan azan pula diminta diperlahankan. Tiada kata tegas daripada pembesar-pembesar negara ini. Sesuatu yang sangat menyedihkan..

Kehendak mereka ini pasti tidak akan berakhir walaupun dituruti bahkan kemungkinan penduduk di kawasan-kawasan lain pun akan turut menyuarakan kehendak yang sama.

dimanakah kamu wahai pembesar negara..
Apa yang pasti, kelemahan kita mendaulatkan ISLAM itu digunakan sebaiknya oleh segelintir mereka-mereka yang 'membenci Islam' untuk menggunakan apa saja isu asalkan tiada unsur-unsur Islam walau negara ini dikatakan negara Islam. Sangat-sangat menyedihkan..

Teraniayanya agama Allah ini apabila dipimpin oleh Melayu di Malaysia ini. Inilah dugaan dan rintangan yang dijanjikan-NYA apabila nikmat IMAN dan ISLAM itu kita peroleh secara percuma, baka dengan tiada halangan, rintangan atau cubaan. Nauzubillah.. Wassalam..


pss: dimanakah Si Kitol? kenapakah situasi ini tidak pula gunakan peranan institusi Raja-raja(sebagai ketua agama Islam)

info - Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.


one more pss : tidak hairan isu menyentuh sensitiviti umat Islam ini sekali lagi dicanang oleh MCA kerrana ketuanya Chua Soi Lek sudah sentiasa memperlekehkan agama Islam itu sendiri tanpa apa-apa tindakan mahupun teguran tegas daripada pihak kerajaan negara ini. Baru-baru ini sekali lagi Chua Soi Lek memberi amaran bernada nasihat (kononnya) supaya pengundi Cina, Tionghua supaya memikirkan impak jika memilih PAS kerana PAS membawa ISLAM sebagai wadah perjuangan. Hasutan yang sangat jahat. Islam itu dilabel seperti sesuatu yang jijik dan kejam.. Jauh sekali untuk mereka ini menerima Islam. Dan dari mana nas nya negara kita ini di label sebagai sebuah negara Islam? Tidakkah ini bererti kita mempersendakan Islam? Wallahualam...

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...