KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin memutuskan tarikh pilihan raya umum akan datang di negara itu berdasarkan kepada keputusan majoriti yang bakal dimenangi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan ini.
Satu laporan laman berita The Malaysian Insider semalam berkata pihaknya difahamkan bahawa Datuk Seri Najib sedang berusaha agar BN meraih sekurang-kurangnya majoriti 5,000 undi daripada kubu Umno Johor itu sebelum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 Malaysia itu tahun ini.
Beliau berkunjung ke Felda Tenang semalam menjelang hari penamaan calon di kawasan DUN itu Sabtu ini.
Pilihan raya DUN Tenang yang bakal diadakan pada 30 Januari ini adalah pilihan raya kecil ke-14 di Malaysia sejak pilihan raya umum ke-12 negara itu pada Mac 2008.
Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha, dari Umno, pada 17 Disember lalu.
Ia juga pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008.
Tenang adalah salah satu daripada dua kerusi negeri di kawasan undi parlimen Labis, yang dipimpin ahli parlimen daripada Pesatuan Cina Malaysia (MCA), Encik Chua Tee Yong.
Allahyarham Datuk Sulaiman, 59 tahun, mengalahkan calon Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya 2008.
Namun, Datuk Seri Najib difahamkan bahawa Umno pernah mencapai kelebihan majoriti 5,517 undi, dan ia dicapai dalam pilihan raya 2004.
'Tenang akan digunakan sebagai kayu ukur. Jika Umno boleh menang dengan majoriti antara 5,000 dengan 6,000 undi, maka pilihan raya mungkin diadakan Jun ini.

'Tetapi, jika Umno gagal mencapai sasarannya itu, maka pilihan raya mungkin ditangguhkan ke tiga bulan terakhir tahun ini atau mungkin juga tahun depan,' kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider.
Pakatan Rakyat (PR) pula akan menggunakan pilihan raya kecil itu sebagai satu ujian keyakinan pengundi terhadap Datuk Seri Najib, kata para pembangkang.
Para pemimpin PR mengaku bahawa adalah sukar untuk memenangi kerusi DUN Tenang itu, tetapi mendakwa bahawa mengurangkan majoriti undi kemenangan BN akan menjejas kepopularan Datuk Seri Najib sebagai seorang perdana menteri.
Sementara itu, Datuk Seri Najib dipetik oleh laman berita Malaysiakini sebagai berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat, sebelum campur tangan dalam urusan lain.
'Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,' perli beliau yang disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang, semalam.
Datuk Seri Anwar telah mencabar Datuk Seri Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri itu memperlekehkan rancangan pembaharuan '100 Hari' PR, yang dijadual dilaksanakan PR sekiranya mereka menawan Putrajaya.
Datuk Seri Najib juga menafikan dakwaan bahawa kerajaannya sengaja memerangkap Datuk Seri Anwar dalam kes liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri Malaysia itu.
'Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu,' katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.
'Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin teh jenis khas,' kata Datuk Seri Najib, sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.
'Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain,' tambahnya.
0 komen:
Post a Comment