Assalamualaikum w..w .. pada semua Muslimin & Muslimat..
Selamat hari-hari Malaysia pada semua rakyat sekalian..
Aku tak tahan nak mengata
Apa pendapat kalian jika mengikuti isu debat yang dicabar Ketua umum Pembangkang@ Pakatan Rakyat(PR), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak??
Secara tulus mulus PM Malaysia menolak cabaran debat yang diusul oleh DSAI ke atasnya dengan alasan yang sama sekali pada aku tidak rasional.
Tempoh hari PM Malaysia menempelak DSAI dan PR khususnya berhubung pelan rancangan pembaharuan 100 hari PR. PM Malaysia dengan kuasa vetonya melalui saluran media yang sememangnya berpihak kepada kerajaan Malaysia dengan angkuh memperlekehkan pelan yang dirancang tersebut.
Ekoran daripada itu, lantas Ketua Umum PR, DSAI mencabar apa yang dikatakan PM Malaysia itu dengan berwadah di khalayak dengan usul debat. Namun PM Malaysia sama sekali mendukacitakan kerana hanya berani berkata-kata di luar gelanggang.
Lawak paling bodoh
Aku yakin bahawa PM Malaysia tidak akan berani sama sekali untuk menerima cabaran tersebut. Apa yang peliknya ialah PM bersikap mengacah-acah lawannya itu dengan mendakwa dirinya dan Kerajaan Malaysia khasnya mengetahui segala maklumat-maklumat sulit tentang DSAI. Kononnya maklumat tersebut boleh membuatkan DSAI demam sama sekali.
Cerita ini memang sangat-sangat melucukan. Jika benar terdapat maklumat atau sumber yang boleh mendedahkan aib kepada DSAI kenapa tidak dihebahkan saja kepada rakyat? Walhal Kerajaan, gabungan BN mahupun UMNO sendiri disaat ini berada pada situasi 'sesak nafas' untuk meraih kembali kepercayaan rakyat yang semakin luntur pada kepimpinan sedia ada (kerajaan Malaysia).
Lihat saja berapa banyak dana@fulus yang dikeluarkan daripada kantong kerajaan untuk menyogok sokongan daripada pengundi-pengundi Felda khususnya di kawasan pilihanraya kecil Tenang.
Untuk terus menipu dan mendapat undi belas kasihan, serta merta bajet kepada kemajuan Felda diagih-agihkan. Tidak mungkin sama sekali masyarakat Felda di kawasan itu akan menikmati curahan wang ringgit jika tidak kehilangan (meninggal dunia-Al-Fatihah) ADUN kawasan tersebut.
Rakyat mana yang bodoh?
Pelbagai janji bodoh, menjengkelkan mula disuarakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Segala projek-projek kononnya untuk kemajuan mula disusun dengan harapan memancing undi. Helah demi helah kedengaran di corong-corong televisyen yang terus menerus menidakkan apa saja kebajikan yang dilakukan oleh pihak lawannya yakni Pakatan Rakyat.
Entahlah, aku kadangkala binggung dengan kebodohan, kebanggangan rakyat di negara ini yang masih lagi tidak nampak segala penipuan, pembohongan, dan segala macam perkara keji yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dibawah pimpinan kabinet 'haprak'.
Cukuplah wahai rakyat Malaysia sekalian!!! Sampai bila anda mahu ditipu. Sedangkan kaum Cina pun sudah makin sedar dengan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh mereka yang rakus ini. Lihat saja DAP menjadi pilihan dengan menolak terus barisan MCA. Tetapi kaum Melayu, masih seperti dulu kala.. Sangat mudah ditipu. Bermodalkan kain pelekat dan beras 10kg sudah memadai untuk mendapat satu undi X satu keluarga.
Hahaha. Fikirlah!! Kuasa di tangan rakyat. 53 tahun merdeka rakyat makin fakir. Apa saja yang dinikmati dulu, makin hari makin tiada. Aku sama seperti aku yang miskin. Aku tidak memiliki apa-apa harta melainkan fikiran yang tidak dungu seperti mereka-mereka itu. Wassalam.
Wednesday, January 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
DI KEDAI KOPI KAMPONG AMBO RAMAI LAGI SEBENARNYA YG INGIN BERDEBAT DGN NAJIB NI, KALU NAJIB NAK AMBIK HAL SEMO TU SUSAH LA, BANYAK LAGI BENDA LAIN YG NAK BUAT.
LAGIPUN SIAPA LA SI ANWAR NI, NAK DEBAT BAB EKONOMI ? INGAT LAGI TAK EKONOMI NEGARA MERUDUM SEMASA 1997/98 ANGKARA SIAPA ? LEPAS TU NAK PINJAM IMF, ALAHAI.
BUKAN TAK NAK LAYAN. BAGI NAJIB, BELIAU MELIHAT ANWAR SEBAGAIMANA ANWAR MELIHAT NAZRI, KJ & UMI HAFILDA MENGAJAKNYA BERDEBAT.
Sebab apa anwar telah dituduh sebagai agen IMF?
kerana dia menentang usaha untuk untuk bail out menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni mahathir dan daim zainuddin yang melarat ketika itu dr lingkup.
sapa kroni tersebut:
-halim saad
-vincent tan
-anandha krishnan
-tajuddin romli
-wan azmi
-tajuddin othman
mereka semua hidup dalam kemewahan nimati kekayaan negara yg diberikan pada mereka. apa yang rakyat dapat? kosong.
tapi,bila bisnes mereka gulung tikar, rakyatlah yang terpaksa menanggung untuk membayar kerugian kroni-kroni ini. pada masa itu anwar sebagai menteri kewangan telah menentang usaha-usaha menyelamatkan kroni2 ini dengan menggunakan duit rakyat.
usahanya itu dilabel sebagai pro imf.
siapa yang cadangkan bail out itu kalau bukan mahathir sendiri?
sepatutnya wang rakyat digunakan untuk membantu rakyat ketika krisis ekonomi tetapi digunakan untuk membantu syarikat kroni.
Jika benar kerajaan punya sokongan@kekuatan, kuasa ekonomi negara NKRA,FDI, tidak akan merudum walau digugat macamana sekalipun.
Kerna kuasa yang melihat daripada sudut(ekonomi)itu pastinya bukan dari kalangan rakyat yang tidak punya apa2 kepekaan,pengetahuan berkenaannya.
Daripada aspek keharmonian dalaman antara gabungan parti memerintah dikala ini pun sangat jelek. Terlalu banyak anasir yang datang dan pergi hanya dengan 1 hasrat, yaitu mengambil kesempatan.
faktor ini sahaja pasti tidak mampu untuk meyakini sesiapapun yang berhasrat berurusniaga dengan negara kita kecuali mereka2 yang sememangnya punya kepentingan dan mengaut segala keuntungan untuk kantung perut sendiri.
Rakyat yang dari dulu kala susah, semakin susah. Apa maknanya perubahan jka hanya bangunan saja makin meninggi padahal rakyat dibawah tidak langsung menerima apa2 pun faedah daripadanya.
Sekarang, rakyat harus tolong kerajaan atau kerajaan yang tolong rakyat??
Apa standard ketua PR untuk berdebat dengan mereka2 itu? Yang setaraf dengannya pastilah PM kerana PM yang menafikan pelan rancangan tersebut.
Jika Nazri, KJ, Umi Hafilda layak dengan Anwar pasti pak Tua(Tun M) akan memberikan respons.
Tapi dimana suara Tun M? Nyata sekali PM tidak berani berhadapan kenyataan. Masakan seorang PM yang yakin kreadibiliti dirinya beralasan jika egonya 'yang benar' dicabar pihak lawan.
Berani dihadapan media tidak membawa apa2 erti jika tidak berani berhadapan kenyataan.
30 minit beraksi untuk tatapan rakyat bukan 'buang masa'. Biar rakyat menilai jika benar itu omongan kosong.
mmg btol pown...kalu debat pown kompom pr klh....no use debate....just stand with issue....
yg psl gula n minyak...pk la der....harga global....bkn msia yg tntukan.....jgn la cm katak bwh tempurung....pk sewaras-warasnya....jgn sedap mulut je....barang terkawal tu mne bley tetap sendiri....kalu nak kamu la jdik pm....mmg cpt la msia lingkup....setuju...??? :)
ssh btol org x reti bersyukur nie....tara m'sia dok aman saja na bg huru hara....bwat benda2 b**o...x ka buang masa ja....plizzz la...."pk dlu sblm ckp"....
Post a Comment