Tuesday, January 18, 2011

Said Nursi harmonikan sains dan Islam

Bersama kita menghayati sejarah kehebatan ilmuwan Islam seperti Said Nursi..
Sebelum itu sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Said Nursi..

Selami kata-katanya..
"Penderitaan jiwa mengarahkan keburukan. Putus asa adalah sumber kesesatan; dan kegelapan hati, pangkal penderitaan jiwa"
~Bediuzzaman Said Nursi~


BADIUZZAMAN Said Nursi atau ebih dikenali sebagai Said Nursi dilahirkan 1876 Masehi bersamaan 1293 Hijrah di sebuah perkampungan kecil bernama Nurs di wilayah Bitlis, tenggara Turki.

Dilahirkan dalam keluarga yang menitikberatkan amalan beragama, nama Said diberikan oleh ibu bapa beliau yang membawa maksud bahagia dengan harapan Said Nursi menjadi manusia yang membahagiakan agamanya.

Ketika berusia sembilan tahun, Said Nursi mula merantau dan menuntuut ilmu ke seluruh pusat pengajian di Turki sehinggalah umurnya 14 tahun.

Kelebihan daya ingatan dan hafalan yang kuat yang dianugerahkan Allah kepadanya menjadikan beliau terkenal dan diberi gelaran Badiuzzaman oleh gurunya, Syeikh Fathullah.

Allahyarham Said Nursi
Gelaran Badiuzzaman yang diterima amat berrepatan dengan pengabdian seluruh hidupnya untuk mendaulat dan mempertahankan Islam semasa Turki mula diserang anasir sekularisme.

Said Nursi merupakan pemikir dan ulama yang hidup semasa era zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah.

Pada tahun 1897, Said Nursi berhijrah ke bandar Van, dimana beliau mentelaah kitab-kitab yang terdapatdi perpustakaan dan membuat kajian terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya Kaum Kurdi terhadap Islam.

Berkat iltizam dan keazaman, Said Nursi dapat menguasai bukan sahaja ilmu sains tetapi ilmu-ilmu moden yang lain seperti sejarah, geografi, matematik, falsafah serta pengetahuan Islam. Di zamannya pernah tersiar di akhbar ucapan kontroversi Menteri Tanah Jajahan British, William Ewart Gladstone (gambar bawah) ketika satu perhimpunan rasmi British berkata sambil memegang Al-Quran.

"Selagi Al-Quran berada di tangan-tangan orang Islam, selagi itu kita tidak akan mampu menguasai mereka."Oleh itu, kita perlu jauhkan Al-Quran daripada mereka."

Said Nursi amat terkesan dengan kata-kata William berusaha menghadapi ancaman Barat dengan menubuhkan sebuah universiti di Timur Turki yang dinamakan Madrasah Al-Zahra.

Pusat ilmuwan berkenaan dibina bertujuan menggabungkan ilmu agama dan sains moden bagi memperkukuhkan keyakinan beragama.

Tetapi amat malang kerana pembinaan universiti tidak dapat disiapkan disebabkan Perang Dunia Pertama meletus.

Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi dalam menyebarkan syariat Islam bersama-sama pengetahuan saintifik tidak langsung melemahkan semangatnya.

Beliau pernah ditangkap, dipenjarakan malah cuba diracun beberapa kali namun sempat menghasilkan karyanya Buah Buah Iman semasa dipenjara.


Berpandukan pengetahuan saintifik, Said Nursi menegaskan bahawa tiada pertentangan antara ilmu sains dan kebenaran agama, mala Al-Quran merupakan pembuka jalan ke arah ilmu-ilmu alam semesta.

Pandangan beliau diluahkan dalam karya agungnya, Rasail An-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah semasa dalam penjara.

Risale-i Nur, yang menerangkan dan menghuraikan asas-asas keimanan dari kebenaran Al-Quran kepada manusia moden.

Kitab berkenaan juga menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperolehi dalam keimanan dan ilmu ketuhanan.


Karya agung beliau turut mempengaruhi penulis Turki, Harun Yahya yang kini telah menghasilkan beratus buku yang menghuraikan sains moden dari perpekstif Al-Quran.

Said Nursi menghembuskan nafas terakhir pada 25 Ramadhan 1379 bersamaan 23 Mac 1960 di Urfa.

Di sini dilampirkan dua petikan komen cendekiawan Islam terhadap Badiuzzaman dan Risale-I Nur:

"Dalam sejarah Islam, tiga perkara pergerakan Islam berikut telah bangkit dan menyerupai satu dengan yang lain di mana setiap satunya telah memainkan peranan yang besar dalam memelihara keimanan orang-orang Islam

ï‚· Pergerakan Imam Rabbani, Shaykh Ahmad Sirhindi di India.

ï‚· Pergerakan Abdulhamid ibnu Badis di Algeria

ï‚· Pergerakan Badiuzzaman Said Nursi di Turki."
Risale-I Nur
Prof. Abdul Wadud Celebi dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Saya percaya bahawa penulisan dalam Risale-I Nur sahaja yang melihat dengan cukup dan menyeluruh kepada kosmos seperti keadaan yang sebenar, menyampaikan keimanan dengan pentafsiran Al-Quran seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah, mencari sebab penyakit yang menjangkiti manusia moden dan menawarkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit dengan sepenuhnya.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...