Monday, January 17, 2011

Ground Zero- Ketua projek pusat Islam di New York letak jawatan

NEW YORK: Imam dan isterinya yang bertanggungjawab terhadap pelan kontroversi membina pusat kebudayaan Islam dan masjid berdekatan kawasan serangan 11 September di New York meletak jawatan sebagai ketua projek itu.


Imam Abdallah Adhami
Imam Feisal Abdul Rauf dan isterinya, Cik Daisy Khan, menjadi tumpuan apabila mereka mengumumkan pembinaan pusat itu di lokasi sensitif dan seterusnya mencetuskan tentangan sejak tahun lalu.

Pusat yang dicadangkan itu setinggi 13 tingkat bernilai AS$100 juta ($128 juta) dikenali sebagai Park51.

Imam Feisal dan isteri, Daisy Khan (kenapa tak bertudung?)
Ia hanya terletak dua blok dari kawasan Ground Zero - lokasi serangan pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia dan kematian hampir 3,000 orang.

Imam Feisal dan Cik Daisy Khan tidak lagi bercakap mewakili Park51 atau mengutip dana untuk projek ini, kata Park51 dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Imam Feisal masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah pusat itu.

Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk berceramah bagi membetulkan salah tanggapan terhadap tujuannya dan Islam secara am.

Jawatan itu kini diambil alih oleh Imam Abdallah Adhami, rakyat Amerika yang dilahirkan di Washington, dan telah berdakwah sejak 20 tahun lalu.

Beliau dikatakan turut mempunyai kelulusan sarjana muda dalam bidang arkitektur daripada Institut Pratt di Brooklyn. -- Reuters, AFP.



pss: alhamdulillah, usaha dakwah mereka yang bertakwa ini tidak pernah putus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan yang sangat2 dasyat daripada rakyat Amerika dan ini sangat berbeza dengan keadaan kita hari ini di tanah tumpah darah sendiri, Malaysia. Hukum Allah SWT dan suruhan Rasulullah saw ditolak hidup-hidup oleh mereka yang dari kalangan Islam itu sendiri..nauzubillah.




Sedikit kuliah daripada Syeikh Abdallah Adhami



anasir jahat! : Video yang di putarbelit untuk menakut-nakutkan bukan Islam daripada mendekati Islam!!!





lagi cerita..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...