pss: korang mesti baca link untuk post ni di bawah sekali.. berlaku kekeliruan cerita dan berita oleh pihak Proton dan Lotus
hahaharu biru.. Hairan jugak aku bila fikir-fikir sejauh mana pegangan Malaysia di dalam pasukan Lotus F1@ Lotus yang juga merupakan anak syarikat kepada Proton. Jika berita ini benar, segala peruntukan yang di labur untuk menjayakan F1 ini benarlah hanya satu pembaziran..
Bagaimana wang kerajaan peruntukkan itu tidak lagi membolehkan kita mengetengahkan walaupun seorang pelumba daripada Malaysia sedangkan dana itu daripada kerajaan.
Mungkin Fairuz belum mampu bersaing dengan pelumba-pelumba handalan untuk sukan paling mahal di dunia itu. Tetapi dengan adanya dia di dalam sukan itu, sekurangnya beliau mampu untuk menimbulkan satu semangat atau spirit bagi negara kita dalam melahirkan pelumba kelas dunia untuk sukan F1 ini.
Entahlah dimana silapnya, tidak mungkin kekurangan penaja itu menjadi faktor sekiranya Fairuz memiliki naluri sebagai pelumba, walaupun hanya naluri untuk mampu bersaing dengan pelumba-pelumba lain. Dan paling penting sekarang, siapakah yang berkuasa dalam pegangan-pegangan diantara Proton dan Lotus itu sendiri.
pss : Pemilik team F1 Lotus Mr Tony Fernandes bagaimana? hahaha baca @ K L I K
hahaha, ini aney jugak kaya raya.. |
baca berita asal dibawah..
SILVERSTONE, United Kingdom Pelumba uji Lotus Racing, Fairuz Fauzy dikatakan semakin hampir untuk meninggalkan pasukan Formula Satu (F1) itu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mofaz Racing, semalam, menyebut Fairuz mungkin tidak lagi berada pada posisi pemandu uji F1 bersama pasukan itu pada 2011.
Fairuz diumum sebagai pemandu ketiga pasukan Lotus Racing, yang sebelum ini dikenali 1 Malaysia F1 Team-Lotus.
Sepanjang menjadi pemandu uji, Fairuz mengambil bahagian dalam lima sesi pemanduan ujian.
Sementara itu, pegawai media Lotus Racing, Tom Webb yang dihubungi di Norfolk, England, enggan mengulas laporan tersebut.
Saya tidak boleh mengulas atau mengesahkan sama ada betul atau tidak perkara ini, katanya.
Berikutan itu, Fairuz dikatakan sedia menimbang tawaran untuk menyertai pasukan lain.
Perkembangan terbaru ini menyaksikan Fairuz akan melalui tahun 2011 tanpa kedudukan sebagai pemandu F1.
Mungkin kerana ketidak-mampuan penajanya untuk meraih dana yang diperlukan, ia memberi kesan terhadap posisinya bersama Lotus Racing, yang mana dana itu amat diperlukan untuk perkembangan 2011.
Hanya minggu lalu, Lotus Racing telah melepaskan awal Fairuz dari kontrak selama lima tahun. Tindakan itu dilihat sebagai memberi kesan kepada pasukan itu setelah wawasan, pengalaman dan pendedahan yang dikecapi Fairuz selama lebih 12 bulan bersama Lotus Racing, jelas kenyataan terbabit.
Kenyataan itu turut menyebut, tentang perkembangan pelumba itu selepas ini di mana Fairuz memutuskan untuk menimbang sedalam-dalamnya tentang pilihan serta tawaran lain yang diterimanya daripada pasukan F1 lain.
Kenyataan tersebut turut menambah, Fairuz mahu mendapatkan semula prestasi perlumbaannya.
Selepas dinamakan sebagai pemandu ketiga dan pemandu simpanan pasukan Lotus Racing pada 2009, Fairuz sekadar melakukan lima sesi pemanduan ujian pada seluruh musim 2010.
Walaupun Fairuz begitu menghargai peluang tersebut, itu bermakna dia mengorbankan perlumbaannya kerana kekurangan catatan trek masanya tahun ini, katanya.
Dipetik dari Utusan Malaysia
lagi cerita..
- tiada wang proton digunakan - Nadzmi Salleh (anda baca berita di bawah pulak..)
- Proton beri full support untuk Lotus F1 Racing - Nadzmi Salleh
- Saya bangga sertai F1 Lotus racing - Fairuz Fauzi
- Modal permulaan 1Malaysia Racing Team RM 168juta (benarkah tanpa bantuan kerajaan?)
- F1 membazir - Sekarang sudah benar kata-kata Ustaz Idris Ahmad - WAJIB BACA!!!
- baca lagi berita2 hot n panas-panas mengenai Lotus F1
- Bukan pembaziran la wahai Idris Ahmad - Kitagempur.com
0 komen:
Post a Comment