Sunday, December 12, 2010

Wajib baca!!! : Lantik wanita jadi MB - Shahrizat

Anda pelu lihat dahulu video ini dan kemudian anda fahamkan sejauh mana anda boleh faham !!!




Lantik WANITA jadi MB - Menteri dari KERAJAAN MALAYSIA
SHAHRIZAT (kanan) dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (kiri) menyambut kunjungan Najib di PWTC semalam.
KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar.

Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.
"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.
Sebelum berucap beliau menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau persidangan pergerakan tersebut.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, sekiranya cadangan melonjakkan kedudukan wanita dalam politik itu menjadi kenyataan, ia bakal menjadi warisan kepada Pergerakan Wanita UMNO pada masa depan.
"Jika Wanita UMNO bersiap sedia dan kita menang Pilihan Raya Umum ke-13, saya percaya cadangan itu tidak mustahil boleh berlaku," ujarnya.
Menurutnya, ia tidak mustahil memandangkan UMNO sekarang diterajui oleh Perdana Menteri yang berwawasan dan mampu mengupayakan golongan wanita.
Dalam pada itu, Shahrizat juga mahu ada lonjakan bilangan wanita dalam persada kepimpinan negara termasuk dalam empat sektor iaitu bagi peringkat nasional, negeri dan sektor awam.
"Saya bertekad untuk mengajak Wanita UMNO bersiap sedia untuk memperjuangkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan.
"Saya sudah menjadi ahli UMNO selama 30 tahun. Saya tahu bahawa di kalangan Wanita UMNO ramai yang mempunyai bakat dan potensi yang menunggu untuk digilap sekiranya diberi peluang," ujarnya.
Menurutnya, jika UMNO tidak mahu ketinggalan zaman, maka isu gender politik mesti ditangani secara serius dan dihayati di semua peringkat.
sumber asal - Kosmo Online
pss: anda jangan fikir ini perkara main-main!!!!
pss: anda ISLAM?!! Pemimpin ini yang harus anda perjuangkan???
pss: taubat sementara pintu taubat masih terbuka luas untuk kita. InsyaALLAH..
apa pun yang bakal terjadi ini tentunya qada dan qadar daripada ALLAH SWT. Tidak lain dan tidak bukan untuk ujian pada umat manusia. Apatah lagi telah ALLAH berikannya nikmat IMAN DAN ISLAM yang percuma pada kita!!! Dan balasan pada percuma inilah dugaan dan kesengsaraan yang harus kita tanggung. Anda sendiri akan menjadi pengubahnya!! Jalan mana yang harus kita ikut dan harus kita pimpin!!! Kaum atau AGAMA ALLAH yang harus kita sanjung dan perjuangkan???
nauzubillah.. Dunia Akhir Zaman !!!!!

baca juga..

1 komen:

Wan Firdaus said...

lihat juga pada perjuangan SISTER IN ISLAM @ http://www.sistersinislam.org.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...