Sebuah kod bar adalah merujuk kepada perwakilan maklumat pada paparan gabungan dua warna gelap dan cerah seperti hitam dan putih. Ia berfungsi menghasilkan pantulan yang akan menukar paparan kepada nombor 1 dan 10 ketika dibaca oleh mesin pengimbas.
Secara asasnya, kod bar menyimpan data menerusi kelebaran dan keluasan garis selari yang dicetak secara menegak dan ada kalanya bercorak bintik, bulatan atau kod teks tersembunyi. Kod tersebut boleh dibaca menggunakan peranti pengimbas optik yang dikenali sebagai alat pembaca kod bar yang dilengkapi dengan perisian khas.
Teknologi tersebut akan dapat meningkatkan kepantasan sistem kemasukan data ke dalam komputer secara lebih tepat. Kelebihan lain sistem ini, perlaksanaannya hanya melibatkan kos yang minimum berbanding kaedah pengesanan data konvensional.
Terbaru, sebuah syarikat di Jepun telah memperkenalkan kod bar generasi kedua dikenali sebagai Kod QR yang mempunyai simbol dua dimensi.
Menerusinya lebih banyak maklumat akan dapat disimpan kerana ia diwakili oleh kod bar yang disusun menegak dan mendatar selain boleh diaplikasikan dalam perkhidmatan mobiliti seperti telefon bimbit.

- check kod bar halal atau haram @ JAKIM
0 komen:
Post a Comment