Jangan kita mudah menaruh percaya dan mengiyakan seseuatu perkara sebelum terbukti kesahihannya.
Dunia akhir zaman penuh dengan fitnah dunia..
Tidak mudah menjawab pertanyaan itu.
Namun, pembocoran kabel diplomatik bukanlah perkara baru dalam dunia diplomasi.
Boleh dikatakan, pembocoran rahsia diplomatik atau kabel-kabel diplomatik sudah setua usia diplomasi itu sendiri, sejak pengiriman surat-surat rahsia dilakukan dengan menggunakan merpati.
Meskipun sudah berlangsung begitu lama, terasa kesan pembocoran rahsia pemerintah Amerika Syarikat oleh WikiLeaks - sebanyak 251,287 dokumen sudah diterbitkan dan 11,000 daripadanya dapat dikategorikan 'rahsia'.
Dari sudut pandang diplomasi, tindakan WikiLeaks akan mengurangi atau bahkan menghancurkan nuansa pokok atau inti seni diplomasi.
Namun, tentu lain pandangan daripada WikiLeaks. Mereka menyatakan apa yang mereka perbuat adalah demi 'keadilan' dan 'ketelusan'. Tentu, alasan itu masih tetap dapat dipertikaikan.
Kita tahu bahwa dasar terjadinya atau berlangsungnya hubungan diplomatik adalah kepercayaan. Tanpa itu, tidak mungkin ada hubungan.
Kerana itu, pembocoran sedikit pun 'rahsia' diplomasi akan sangat mencederai atau merosakkan kepercayaan yang merupakan komoditi paling penting dalam diplomasi.
Kini, kita semua tahu, masyarakat dunia tahu apa yang terjadi sebelum Israel menyerang Gaza;

bagaimana sikap Arab Saudi terhadap Iran;
bagaimana hubungan antara presiden dengan perdana menteri Russia; bagaimana kebiasaan pemimpin Libya;
bagaimana mafia di Russia;
bagaimana Amerika berusaha mencampuri urusan di mana-mana dan di banyak negara;
banyak soal lain menyangkut China, bahkan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Banyak hal diketahui masyarakat umum, sekurang-kurangnya mempertegas bahawa Amerika selalu ingin menjadi polis di mana-mana.
Satu hal yang perlu dicatat, dalam banyak kes, diplomasi tertutup dapat menyelesaikan masalah. Oleh itu, tidak mustahil akan tumbuh saling curiga antara negara dan bangsa.
Kes WikiLeaks ini boleh juga akan mempersulit pembangunan dan penguatan hubungan antarabangsa.
Bukan hanya diplomasi Amerika yang akan menghadapi kesulitan, bahkan juga negara-negara lain.
Tugas para diplomat, para duta besar, pun akan lebih sukar. Mereka akan 'kekurangan' sumber informasi dan perlu lebih berhati-hati.
Apakah itu bererti akan membuat diplomasi lebih tertutup; akan lebih sedikit laporan-laporan tertulis, para diplomat akan sedikit berbicara, misalnya?
Semuanya boleh terjadi dan kes WikiLeaks ini akan mendorong lahirnya diplomasi baru menanggapi perkembangan dan kemajuan teknologi. Ini cabaran baru bagi dunia diplomasi.

pss: sekali lagi Al-Quran itu BENAR. Cerita WikiLeaks ini mungkin bakal menjadi titik mula kejatuhan dan pengambil-alihan kuasa memerintah dunia daripada Amerika. Setelah kuasa Britain diambil alih oleh Amerika, dan kini kuasa Amerika pula akan diperbudakan oleh ISRAEL laknatullah.
Lihatlah bagaimana titik tolak kepada kemunculan Dajjal. Dunia memang benar sudah tua dan berada di penghujung tanduk.Sedarkan diri kita dan kembali sepenuhnya pada ajaran Allah SWT.
lagi cerita..
lagi cerita..
0 komen:
Post a Comment