Tuesday, December 14, 2010

Wikileak punya hal - Obama ucap kesal kepada Erdogan

Lihatlah pemimpin yang berani dan bermaruah!!! US terpaksa akur untuk kekal hubungan negara/pemimpin dunia Islam..

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, kelmarin menghubungi Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyip Erdogan, untuk memulih hubungan.


Ini menyusuli pendedahan kabel diplomatik Amerika oleh laman web WikiLeaks yang mengandungi kenyataan negatif mengenai pemimpin Turkey itu, menurut laporan semalam.

Mr Obama menjelaskan sesetengah kenyataan dalam kabel itu tidak mencerminkan pandangan pentadbiran Amerika sekarang, dan hubungan sekutu dengan Turkey amat penting, kata pejabat Erdogan menerusi laman webnya.


Obama 'menyuarakan rasa kesal dengan tindakan keji WikiLeaks. Kedua-dua pemimpin akur perkara itu tidak akan menjejas kerjasama rapat antara Amerika dan Turkey,' kata pejabat Obama.

Awal bulan ini, Erdogan menjadi marah disebabkan dakwaan yang disebut dalam memo diplomatik 2004 bahawa beliau mempunyai akaun bank di Switzerland.

Menurut Erdogan, diplomat Amerika patut dihukum kerana menyebarkan fitnah.

Erdogan dan isterinya Ermine Erdogan
Satu lagi kabel diplomatik Amerika, bertarikh Februari 2009, mendakwa sahabat Erdogan mendapat faedah daripada perjanjian perniagaan Turkey dengan Iran.

Dalam perbualan telefon itu, Erdogan memberitahu Obama bahawa insiden itu tidak akan menjejas hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Obama dan Hillary Clinton (Setiausaha US)
Beliau menghargai pernyataan kesal oleh Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton, berhubung perkara itu.

Adalah penting agenda kita bersama tidak berubah disebabkan perkara ini,' kata Erdogan.


Sementara itu, para penyokong pengasas WikiLeaks, Mr Julian Assange, semalam mengadakan tunjuk perasaan di Madrid, Barcelona, Amsterdam, Mexico City, Lima dan Bogota, menggesa agar beliau dibebaskan. - AP, AFP.

baca berita sebenar di NYTimes

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...