Tuesday, January 18, 2011

Apa guna Islam pada nama??!

Gambar Rebecca Nur Islam yang seksi ini bukan aku post untuk sengaja menjadikan aib untuknya tetapi untuk kita jadikannya satu renungan, keinsafan dan tauladan moga-moga kita tidak tergolong dalam mereka yang seumpama ini..

Rebecca Nur Al-Islam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Becca di dalam industri seni tempatan telah selamat bernikah pada 14 Jan baru-baru ini. Alhamdulillah, semoga rumahtangga yang dibina itu berkekalan hingga akhir hayat. Sesungguhnya perkahwinan itu satu ibadah mulia dan sangat dituntut agama Islam.

Aku sangat hairan, apakah tidak punya kesedaran langsung dalam hati insan bergelar artis ini. Namanya pun sudah ada label Nur Islam, tetapi keperibadiannya, masyaAllah.. Ini sesuatu yang sangat-sangat mengaibkan kepada Islam.. Agama Allah yang suci dinodai oleh hamba-NYA yang lemah lagi hina!!!

Aku harap kita semua doakan semoga artis ini diberi hidayah dan petunjuk untuk benar-benar menginsafi apa yang telah dipertontonkannya pada khalayak. Nabi SAW dan sahabat-sahabat telah mempertaruhkan nyawa
demi mengagongkan agama Allah ini, tapi kita hari ini, nauzubillah.. Korang pikir laa mana yang sepatutnya..

Penghayatan pada kesucian agama tidak diendahkan, tapi hiburan itu tidak boleh tidak hingga tepu dalam sanubari. Kita masih beranggapan seperti dunia ini tidak punya penghujungnya. Bertaubatlah. Carilah jalan untuk lebih bertaqwa pada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Nilailah semula kandungan 2 kalimah syahadah itu. Cerminlah dijalan mana kelak kita bakal dihumban oleh-NYA.  Wallahualam..

Bagaimana penilaian suaminya untuk pic ini?
Inikah cara baru muslim muslimah Islam Hadhari?

Sebelum bernikah. Inikah batas antara muhrim dan bukan muhrim?
Gambar pernikahan Rebecca baru2 ini
Fasha Sandha at Bali. Adakah anda rasa mereka ini masih Islam?
Diana Danielle. Inikah yang anda puja pujakan?
pss: Golongan diataskah (artis) yang kita, isteri, anak-anak kita puja-pujakan? Aku tidak berniat jadikan post ini untuk membawa aib kepada golongan2 artis ini. Tetapi marilah kita beristighfar kepada Allah SWT. Cubalah untuk mengurangkan 'dakwah duniawi' dengan menghadiri kuliah2, ceramah2 agama di masjid atau di mana sahaja. Dengan mengimarahkan majlis agama itu moga dapat menjadikan kita lebih dekat pada suruhan Allah SWT seterusnya meninggalkan segala larangan-NYA. Atau dengan kemudahan teknologi internet ini boleh saja kita gunakannya dengan mendownload kuliah2 atau pengajian agama secara online. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jadikanlah diri kita yang sedang bernyawa hari ini untuk berguna pada hari2 esok yang belum pasti bernyawa. Wallahualam.
Nabi Muhammad SAW berpesan, ''Sampaikanlah kata-kataku walaupun satu ayat''. 

pss: Aku mohon maaf sekali lagi untuk gambar2 di atas. Bukan untuk mengaibkan, tapi untuk pengajaran untuk keinsafan. Tataplah untuk merintih kesedaran pada-NYA. 

4 komen:

Ziyra Montella said...

semua org nampak tanda2 kiamat kian jelas,hanya separuh yg insaf dan hanya segelintir yg mengambil ikhtibar..
p/s:itu bukan lisa surihani..
itu diana danielle

Wan Firdaus said...

Alhamdulillah, saya dah setapak menuju fitnah kalau awak tak tegur tadi.. MasyaAllah.. Terima kasih sangat2 ye Ziyra..

Anonymous said...

YES. doakan mereka agar mereka diberikan petunjuk Allah.

Wan Firdaus said...

Mudah-mudahan InsyaAllah.

Dibimbangi jika personaliti mereka dijadikan ikutan @ ikon oleh
muslimin atau muslimah khasnya.

Apa yang melahirkan ana jadi hairan is mereka ini sepertinya tiada apa2 halangan, teguran lebih2 lagi dari side family mereka? Tidak punya kepekaan langsung dalam bab mjaga kesucian agamanya.

Jika perihal basic seperti aurat pun kisah tak kisah, bagaimana pula dengan bab akidah?

Ana risau mereka2 ini masih 'syok sendiri' bahawa diri mereka masih Islam walhal sudah terputus akidah mereka itu dan nyatanya mereka inilah contoh orang2 yang rugi. nauzubillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...