Tuesday, December 7, 2010

Aku dan Muharram (Doa Akhir dan Awal Tahun)

Assalamualaikum wbt.. 
Pertama sekali aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1432 Hijrah kepada semua Muslimin dan Muslimat.. Sedar tak sedar kita dah pun melangkah ke alam dan tahun baru dalam kalendar Islam..


Seperti cepat masa berlalu atau aku sebenarnya yang leka dengan permainan dunia. Apapun ceritanya aku masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga seperti sedar tak sedar akan apa yang telah aku lalui sepanjang tahun ni.. Jika dihitung-hitung, aku rasa lebih banyak kejahilan yang telah aku coret berbanding kebaikan.. Huh.


Hidup wajib diteruskan..
Kehidupan makin memaksa. Hari-hari aku penuh ujian. Berbekal iman senipis kulit bawang buatkan aku sentiasa lalai. Tanah air ku tidak membawa aku kepada zuhur kejalan kesyukuran pun.. Entahlah.. kadang-kadang dibimbangi dengan ketakutan yang aku ciptakan sendiri.. Nyata aku jujurnya masih takut dengan bayang-bayang.. Azam diri hanyalah untuk pelengkap kata. Cukup sekadar pernah berazam. Tapi kesudahannya aku seperti perbodohkan diri sendiri..


Bangun, bangun, bangun, dari leka mimpi
1432 telah membawa aku kepada angka 28 tahun sebagai khalifah di muka bumi. Kalifah? Malu aku untuk mengakuinya. Belum layakpun untuk aku.. Banyak yang harus aku belajar untuk mengenali diri. Aku perlu bina kekuatan jika aku sedar aku sudah mendongak ke fasa baru.. 'Aku lemah walaupun untuk aku'. Cerita apa bakal aku hadap untuk lalui 'jalan baru'. Pastinya tidak rela melihat sedih. Aku pohon, aku pinta, aku mengharap..  Semoga Maha Pencipta tidak butakan hatiku akan nikmat iman dan Islam yang telah aku junjung selama ni..


"Ya Allah, doronglah aku, tunjukan aku, bimbinglah aku ke jalan-Mu yang benar dan lurus". Amin ya rabbal alamin..


Sekali lagi maksud dan pengertian Muharam kita semak dan hayati. Ingatlah, tiada jaminan untuk kita bersua Muharam di masa hadapan. Insafilah diri, moga kita sedar kita hanya sementara di dunia ini.. Amin..




~Pengertian Muharam 

  • MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah S.A.W memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

~Peristiwa-peristiwa penting :
  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
~Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
  • Hari pertama Allah menciptakan alam. 
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
  • Allah menjadikan 'Arasy. 
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
  • Allah menjadikan alam. 
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril. 
  • Nabi Isa diangkat ke langit. 
~DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 
  •  Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, 

Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun". 



~DOA AWAL TAHUN

  • Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, 
Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...