Wednesday, December 8, 2010

Singapura - 3 syarikat minyak umum naik harga

TIGA syarikat minyak semalam menaikkan harga bagi kesemua gred petrol dan dieselnya sebanyak 5 sen.

Stesen minyak Shell mula menaikkan harga minyaknya pada 10 pagi semalam.

Ini diikuti Caltex dari syarikat Chevron Singapore Pte Ltd dua jam kemudian.

Dengan kenaikan itu, harga premium Techron oktana 98 berharga $2.055 seliter manakala Techron 95 pula $1.927 seliter.

Harga diesel pula ialah $1.413 seliter.

ExxonMobil pula menaikkan harga pada 2 petang semalam - juga sebanyak lima sen bagi semua gred minyak di stesen minyak Essonya.

SPC belum mengumumkan kenaikan.

Namun, tiga stesen minyak itu masih menawarkan potongan harga bagi minyak petrol dan diesel di semua stesen minyak mereka.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...