JASIN (Melaka): Ngeri melihat jarum suntikan yang digunakan dalam majlis berkhatan, seorang murid darjah dua Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban di sini terpaksa dipegang 10 lelaki apabila cuba lari daripada dikhatankan.
~sekadar gambar hiasan~ |
Mohd Asyraff Malek, lapan tahun, yang turut menyambut hari jadinya kelmarin bertindak melompat turun daripada katil setelah terpandang jarum suntikan yang digunakan oleh pegawai perubatan untuk memulakan acara itu.
Dia merupakan antara 90 kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun yang menyertai program khatan beramai-ramai sempena program Juara Rakyat 1Malaysia di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Bemban di sini.
Menurut ibu Mohd Asyraff, Cik Alimah Aman, 38 tahun, sewaktu beratur menunggu giliran, anaknya itu seperti tidak sabar untuk berkhatan dan kerap bertanyakan tentang gilirannya.
'Mohd Asyraff kelihatan tenang sahaja apabila dipanggil masuk ke dalam bilik dan terus baring di atas katil tetapi ketika pegawai perubatan mengeluarkan jarum, dia terus terjun dan keluar daripada bilik serta tidak mahu berkhatan,' katanya.
Kata Cik Alimah, selepas hampir sejam memujuk Mohd Asyraff, akhirnya kanak-kanak itu dipaksa memasuki bilik berkhatan dan dengan bantuan 10 lelaki memegangnya, akhirnya dia selamat dikhatankan.
Wanita itu hairan melihat gelagat anaknya itu kerana sebelum ini Mohd Asyraff seperti tidak sabar untuk berkhatan.
'Sebelum ini dia asyik mengira hari dan waktu dia akan dikhatankan dan bersiap lebih awal untuk ke majlis ini,' katanya.

0 komen:
Post a Comment