Ini berdasarkan mafhum hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Solatlah sebagaimana kamu lihat aku solat."
(Riwayat al-Bukhari)
Lafaz hadis ini umum, tidak dikhususkan kepada lelaki sahaja. Namun keumuman sesuatu itu boleh dikecualikan jika terdapat dalil lain yang mengkhususkan sesuatu perkara.
Lafaz hadis ini umum, tidak dikhususkan kepada lelaki sahaja. Namun keumuman sesuatu itu boleh dikecualikan jika terdapat dalil lain yang mengkhususkan sesuatu perkara.
Terdapat beberapa perkara yang membezakan antara solat lelaki dan wanita iaitu:
- Pertama: Kedudukan Lengan
Manakala wanita pula disunatkan merapatkan lengan ke sisi badan dan merapatkan perutnya pada pahanya sama ada ketika mengangkat takbiratulihram mahupun sujud. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melintas dua wanita yang sedang melakukan solat (seperti lelaki), lalu
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu sujud maka rapatkan sebahagian daging (perut) ke bumi (lantai). Sesungguhnya solat wanita bukan seperti solat lelaki."
(Riwayat al-Baihaqi)
Wanita dikehendaki merendahkan suara dalam semua solat, sekiranya terdapat lelaki ajnabi berdekatan dengannya bagi mengelak fitnah.
- Kedua: Suara
Wanita dikehendaki merendahkan suara dalam semua solat, sekiranya terdapat lelaki ajnabi berdekatan dengannya bagi mengelak fitnah.
Allah SWT berfirman kepada isteri Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Wahai isteri Nabi, kamu bukanlah seperti wanita lain, jika kamu bertaqwa janganlah kamu tunduk dalam berbicara lalu dengan sebab itu berkeinginan (jatuh hati) orang yang di dalam hatinya sakit, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Surah al-Ahzab ayat 33: 32)Menurut al-Suddi, yang dimaksudkan dengan "tunduk dalam berbicara" di sini adalah melembutkan kata-kata apabila berbicara dengan lelaki. Jadi, selain isteri Nabi, wanita perlu menjaga kerendahan suara ketika berbicara apatah lagi ketika solat.
~gambar hiasan~ |
- Ketiga: Memberi Amaran atau Menegur
Jika imam ada melakukan kesilapan seperti kesilapan dalam bacaan atau perbuatan dalam solat, maka lelaki boleh bertasbih mengucapkan "Subhanallah" dengan suara yang nyaring bagi menegur imam.
Bagi wanita pula disunatkan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri sekiranya perlu membuat teguran atas kesilapan imam semasa solat.
Bagi wanita pula disunatkan menepuk tangan kanan ke belakang tangan kiri sekiranya perlu membuat teguran atas kesilapan imam semasa solat.
- Keempat: Aurat
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur ayat 24: 31)
Menurut Ibn Abbas, maksud "yang (biasa) nampak daripadanya" ialah wajah dan tapak tangan. Ini juga pendapat jumhur ulama. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan hadis riwayat Aisyah, bahawa Asma' menemui Rasulullah s.a.w. dan kala itu ia berpakaian tipis.
Rasulullah s.a.w. memalingkan muka lantas bersabda:
"Hai Asma', sesungguhnya apabila wanita telah haid (baligh), maka tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan itu (Baginda mengisyaratkan wajah dan telapak tangan)." (Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)
||pss||: Ajnabi ialah Lelaki (bukan saudara dekat) yang sah dikahwinkan dengan seseorang perempuan.
- Kelima: Azan dan Iqamat
Bagi lelaki disunatkan azan dan iqamat sebelum solat fardhu. Sebaliknya wanita tidak disunatkan azan tetapi hanya disunatkan iqamat sebelum solat, itu pun dengan suara yang perlahan.
Sekiranya iqamat diungkapkan dengan suara yang nyaring dan ada lelaki ajnabi yang boleh terdengar laungan tersebut, maka hukumnya makruh.
- Keenam: Tempat Solat
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Jika mereka mengetahui keutamaan yang ada pada azan dan saf yang pertama, kemudian mereka perlu mengundi untuk mendapatkannya, pastilah mereka akan melakukannya.
Demikian pula jika mereka mengetahui pahala tahjir (bersegera menuju seruan solat), pasti mereka akan berlumba-lumba melakukannya. Jika mereka mengetahui keutamaan yang ada pada solat Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun terpaksa merangkak." (Muttafaq 'alaih)
Wanita digalakkan solat di rumah. Ini berdasarkan mafhum sabda Rasulullah s.a.w. apabila diberitakan oleh Ummu Humaid bahawa dia suka solat menjadi makmum di belakang Baginda:
Wanita digalakkan solat di rumah. Ini berdasarkan mafhum sabda Rasulullah s.a.w. apabila diberitakan oleh Ummu Humaid bahawa dia suka solat menjadi makmum di belakang Baginda:
"Aku mengetahui bahawa kamu suka solat bersamaku. Akan tetapi solatmu di bilikmu lebih baik daripada solatmu di ruang tamu. Solatmu di ruang tamu lebih baik daripada solatmu di perkaranganmu. Solatmu di perkaranganmu lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu. Dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku." (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Namun tiada tegahan bagi wanita untuk menunaikan solat di masjid.
Namun tiada tegahan bagi wanita untuk menunaikan solat di masjid.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Janganlah kalian melarang wanita yang hendak mendatangi masjid (meskipun solat mereka) di rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka." (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
||Sumber: Al-Fiqh al-Manhaji karangan Dr. Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan 'Ali al-Syarbaji, Tafsir Ibn Kathir.||
0 komen:
Post a Comment