Wednesday, December 8, 2010

Alhamdulillah - Khir Toyo lepaskan jawatan ketua di Selangor

Seorang demi seorang pemimpin-pemimpin UMNO/BN lepaskan jawatan. Semalam Saudagar Samyvellu, hari ini Saudara Khir Toyo, dan esok lusa mungkin semua sekali akan lepas jawatan kot.. mudah-mudahan di bukakan pintu hati mereka (menteri) untuk berundur. 
[Statement aku ni seperti mengharapkan matahari, bulan, planet2 jatuh kat riba ni..hahahahahah]
 
Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Mengenai jawatan lain dalam Umno, ADUN Sungai Panjang itu berkata beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

Dr Mohd Khir juga merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar.

Beliau membuat pengumuman itu dalam blognya hari ini.

Pagi tadi beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Shah Alam.

Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik (gambar atas), 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

sumber berita.. -MK-
Banglo ini dikatakan berharga RM 24 juta? -sumber-

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...