Antara strategi syaitan untuk mewujudkan visi dan misinya untuk melupakan dan memperdayakan manusia adalah seperti berikut ;
1. Waswas
2. Tazyin
3. Tamanni
4. A'dawah
5. Takhwif
6. Shaddun
7. Wa'dun
8. Kaidun
9. Nisyan
Justeru, berhati-hatilah dengan hasutan dan godaan syaitan ketika menjalani kehidupan seharian.
- waswas atau sangsi bermaksud membisikkan keraguan pada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal salih. Ketika azan Subuh berkumandang, misalnya tubuh kita masih dililit selimut.
- Timbul dalam fikiran kita; "Nanti dulu, lima minit lagi". Ini adalah waswas. Kenyataannya bukan lima minit, tapi satu jam, sehingga akhirnya solat Subuh terlambat atau tidak solat langsung kerana sudah habis waktu. Ada juga yang waswas sama ada kita sudah melaksanakan duduk tahiyat awal pada solat tiga atau empat rakaat
2. Tazyin
- Tazyin bermaksud membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala yang berbau maksiat biasanya dilihat indah dan mengasyikkan. Misalnya, merpati dua sejoli yang kelihatan lebih mesra daripada pasangan suami-isteri. Kemesraan berdua-duaan tanpa nikah dilihat lebih nikmat dan mengesankan daripada setelah diijabkabulkan.
- Ini kerana ada unsur tazyin. Berdua-duaan itu menjurus kepada maksiat, manakala nikah itu suatu ibadah.
- Inilah yang disebut strategi tazyin.
- Tamanni bermaksud memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan. Ada di antara kita berniat sebelum tidur untuk mendirikan solat tahajud dengan menetapkan jam loceng pada jam tiga pagi. Apabila loceng berbunyi pada jam itu, kita segera mematikannya dan meneruskan tidur hingga tidak dapat menunaikan niat kita.
- Pernahkah kita ingin bertaubat? Namun pada saat maksiat ada di depan mata, sesetengah kita terus saja melakukannya. Ironisnya ini berlaku berkali-kali.
- Inilah yang disebut strategi tamanni.
4. A'dawah
- A'dawah bermaksud berusaha menanamkan permusuhan. Syaitan berikhtiar mewujudkan permusuhan sesama manusia apa lagi kepada suami-isteri, adik-beradik dan jiran tetangga. Biasanya permusuhan bermula dari prasangka buruk.
- Supaya manusia bermusuhan, syaitan akan menumbuhkan sikap itu. Jika kita berprasangka buruk kepada orang lain, bermakna kita telah terperangkap dengan strategi syaitan.
5. Takhwif
- Takhwif bermaksud menakut-nakuti. Pernahkah kita merasa takut akan jatuh miskin kerana menginfakkan atau mendermakan sebahagian harta kita?
- Pernahkah kita takut disebut alim kerana datang ke majlis taklim (ilmu agama)? Kalau pernah merasakannya,
- inilah strategi takhwif.
6. Shaddun
- Shaddun bermaksud berusaha menghalangi manusia daripada menjalankan perintah Allah SWT dengan menggunakan pelbagai cara.
- Pernahkah kita berasa malas untuk solat atau mengantuk ketika membaca al-Quran meskipun sudah cukup tidur?
- Pernah kita malas untuk solat berjemaah dengan mendengar ceramah agama di masjid?
- Ini adalah gejala shaddun dari syaitan.
7. Wa'dun
- Wa'dun bermaksud membuat janji palsu. Syaitan berusaha memujuk manusia agar memberikan janji-janji yang menggiurkan. Akhirnya, manusia mempercayainya.
- Misalnya, banyak kes seorang wanita menyerahkan kehormatan diri kepada kekasihnya yang berjanji untuk bernikah, namun setelah hamil atau dinodai, si lelaki menghilangkan diri. Dia tidak mahu bertanggungjawab.
- Inilah contoh wa'dun atau janji palsu dari syaitan.
8. Kaidun
- Kaidun bermaksud helah dan tipu daya. Syaitan berusaha sekuat tenaga memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak.
- Pernahkah ketika diberi tugas, kita berfikir "Ah, nanti dulu, masa lama lagi!" Ternyata setelah dekat waktunya kita mengerjakan secara tergesa-gesa atau asal siap sehingga hasilnya tidak memuaskan pihak atasan. Ada kemungkinan pada waktu yang ditetapkan kerja tidak selesai.
- Strategi ini disebut kaidun.
9. Nisyan
- Nisyan bermaksud lupa. Sesungguhnya lupa itu adalah hal yang manusiawi. Lupa memang sesuatu hal yang manusiawi, tetapi syaitan berusaha agar manusia menjadikan pelupa sebagai alasan untuk menutupi tanggungjawab.
- Pernahkah kita lupa menunaikan janji, lupa solat dan lupa membuat sesuatu pekerjaan yang disuruh? Kalau sesekali itu boleh disebut manusiawi,
- tetapi kalau sering dilakukan bermakna kita terjebak dengan strategi nisyan.
0 komen:
Post a Comment