Wednesday, December 8, 2010

Ku Li : Penarikan pingat kebesaran tidak penting - Betul ke Ku Li?

Baca dan buat penilaian. Adakah kenyataan Ku Li mempertikaikan perlantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V ini boleh kita anggap sebagai satu penghinaan kepada Majlis Perajaan Negeri?
Encik Ku Li
Atau adakah kenyataan Ku Li ini kerana protes@tak puas hati disebabkan penarikan balik darjah dan pingat kebesaran daripada Istana Kelantan ?

Nasib baiklah Ku Li ni daripada side kerajaan, kalaulah sebaliknya, aku kompom sangat dan macam-macam sepanduk, memo protes, repot polis daripada UMNO dan individu paling cepat 'beraksi' dalam media saluran kerajaan pastinya my 'abang long' a.k.a Ketua Wira PERKASA (yang pakai kopiah tinggi sejengkal lebih tu)

pss: Beraninya Ku Li mempertikaikan keputusan Majlis Raja-raja Melayu.

Daulat Tuanku.. -Sultan Muhammad Ke-V-
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, menarik darjah kebesarannya yang diberikan oleh Sultan Kelantan terdahulu tidak mendatangkan sebarang masalah kepadanya.

Malah, beliau menganggap apa yang berlaku itu bukan sesuatu yang penting kerana baginya melakukan perbuatan baik selagi hayat masih ada melebihi segala-galanya.

'Sebenarnya soal penarikan darjah kebesaran daripada saya tidak menjadi soal penting. Siapalah saya jika dibandingkan dengan raja negeri yang boleh dibuang. Tambahan pula orang kampung tidak tanya saya pingat apa yang saya pakai, darjah kebesaran mana yang saya guna.
My Super Ayahda - Encik Ibrahim Ali - Insan pertama di tarik balik darjah oleh Istana Kelantan
'Kita lahir di dunia ini tanpa ada apa dan begitu juga kita akan dikembalikan tanpa ada apa-apa. Apa yang lebih penting jasa baik atau kelakuan buruk yang kita tinggalkan. Baik atau buruknya nama kita bergantung kepada kedua-dua perkara ini,' katanya kepada pemberita di kediamannya di sini kelmarin.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, menarik balik dua darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.

Dua pingat kebesaran tersebut adalah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I).

Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskan kepada keluarga diraja.

Tengku Razaleigh berkata, pemakaian darjah kebesaran juga jarang dilakukan dan sekiranya ada sekalipun hanya melibatkan program-program istana atau majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang menegaskan, Sultan Ismail Petra merupakan Sultan Kelantan yang sah.

Beliau berpendapat, Sultan Ismail Petra walaupun uzur masih mempunyai keupayaan menjalankan tugas sebagai sultan.
Ini semua Melayu berdaftar.. [aku pun]..
'Sultan Ismail telah dilantik dan ditabalkan mengikut perlembagaan iaitu apabila ayahandanya mangkat. Bagaimanapun cara pelantikan Sultan sekarang tidak pernah berlaku sebelum ini,' katanya. - Utusan Malaysia.

pss : sebaik-baik Ku Li, beliau tetap UMNO. Memuji-muji jika berhabuan, bermaki-makian kalau tak dapat apa.. Harap-harap jangan Ku Li pulak yang kena high attack lepas ni.. Cukuplah ayahdaku a.k.a Presiden PERKASA sorang ja yang kena (high attack).

lagi cerita..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...