Wednesday, November 3, 2010
Al-Quran dan Sains Embriologi
Kita seringkali mendengar pertanyaan mengenai kaitan antara Al-Quran dan Sains. Terdapat banyak contoh yang boleh dikupas antaranya berkaitan sains dan embriologi.
Apa yang kita faham dari maksud Embriologi? Embriologi ialah satu ilmu yang mengkaji tentang proses kejadian dan perkembangan embrio dalam rahim. Mungkin ada di antara kita pernah terfkir dari mana asal usul kita? Adakah sama seperti kejadian Adam a.s yang berasal dari tanah?
Sesungguhnya penciptaan Adam a.s berbeza dari kita yang berasal dari benih lelaki dan wanita.
Embrio terbentuk setelah percantuman benih lelaki (sperma) yang terdapat dalam air mani dengan benih wanita (ovum)yang terdapat dalam cecair dalam ovari.
Selepas percantuman benih atau persenyawaan berlaku, kejadian bayi bermula dari satu tahap ke tahap yang lain.
Pada peringkat awal, bayi dikenali sebagai embrio dan berubah menjadi alaqah(segumpal darah)dan bertukar menjadi mudghah iaitu "daging yang sedikit yang sebahagian daripadanya telah dikunyah". Kemudian embrio ditutup dengan tulang dan daging.
Hal ini dinyatakan dalam surah al-Mukminun ayat 14: "Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha suci Allah Pencipta yang paling baik."
Selepas embrio memasuki enam minggu, berlakulah pembentukan organ dan pada peringkat ini dikenali sebagai janin atau human foetus.
Cuba kita renungkan fakta-fakta yang telah dibentangkan tadi telah diceritakan al-Quran mengenai perkembangan embrio sejak Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu dan maklumat - maklumat tersebut selari dengan sains kontemporari yang mula membincangkannya pada abad kelima belas Masihi. Semoga kita sama-sama memperolehi barakah, taufeeq dan hidayah darinya. Allahu A'lam
Labels:
Agama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment