attandence: aku, Epui, Ajis, Chot..
30/10/2010
Gerak dari Depoh Langkap, at 2.30pm.
Sampai Lumut pukul 5.30pm.
Harga tiket bot RM10 seorang.(pergi-balik)
Masa perjalanan around 20 hingga 30 minit. Kejap ja..
Sewa chalet RM110 after diskaun. Purnama Chalet Beach Resort
Bilik Standard room - 3 katil bujang. Ok la untuk cuti-cuti budget.
Then, dari jeti P.Pangkor ke chalet, boleh ambik teksi van untuk ke Teluk Nipah dengan bayaran RM12.00(4 org)
Actually cuti-cuti 'Malaysiya' aku ni tak dirancang pon. Last minit Epoi ajak. Lagipon aku tak pernah pi Pulau Pangkor ni.
First impression, memang best! Banyak view2 yang cantik dan pelancong yang sempoi sempoi..haha. Tak jadi masalah bagi kami untuk berjalan-jalan sebabnya kawan aku ni, Epoi(bukan nama sebenar:)) ada ramai sedara mara kat Pangkor ni.
So, lepas letak barang dalam bilik, kami terus pi jumpa sedara epoi utk pinjam motor. haha. Kepada sapa2 yang tak ada sedara mara kat sana boleh sewa van/kereta/motor/beskal/bot setibanya anda di Pangkor tu. Banyak insan2 yang menawarkan khidmat sewa sewa ni.
Pulau Pangkor rental for car n motorcycle: Eric-012 5747610
Che Pang Khor
Aku tertanya-tanya sebenarnya, adakah nama Pangkor itu sebenarnya berasal daripada nama Che Pang Khor? entahlah, aku tak bertanya pada sapa-sapa pon pasal ni. Tapi pada org-org Pulau Pangkor mesti lebih mengetahuinya. Aku tau pon sebab ada banggunan atas bukit yang agak besar yang tertulis nama tu. Siapakah dia? wallahualam.
Mungkin aku kena pi lagi sekali untuk tau pasal sejarah ni..insyaAllah:)
Majoriti kat Pangkor ni ialah bangsa Cina, then diikuti Melayu, India, n.. bangsa asing(indon,bangla,thai,vietnam)..
Bangsa asing/ Pekerja asing
Aku tertarik dengan bangsa asing ni.. sebab mereka-mereka inilah sebenarnya yang nanti2 pasti2 akan menafikan hak melayu di bumi melayu. Lagipon kawan aku, Epoi dijemput sedara dia pi ke Pangkor untuk bercerita pasal org asing ni. Lebih-lebih lagi warganegara Thailand. So, tujuan kami pi Pangkor ni pun lebih kepada nak ushar atau 'rikki' port2 yang warga asing ni tinggal dan bekerja.
''Mereka-mereka ni semakin ramai di Pangkor sejak dua menjak ni'' kata Pak sedare Epui.
Daripada dialog antara kami dengan pak sedara epui ni, dapat aku simpulkan bahawa nasib melayu Pangkor makin lama makin dan akan susah.
Kasihan.. Tetapi itulah realitinya sekiranya pihak berkuasa tidak pandang perkara ini secara serius. Tokey-tokey bot ikan terutama tokey Cina lebih cenderung untuk mengambil pekerja asing warga Thailand sebagai pekerja mereka. Aku sangat yakin yang pekerja asing ni tak ada permit kerja bahkan mungkin tak ada pasport sah@'kosong'.
Polis? APMM?
Malang sekali daripada cerita pak sedara epui ni, pihak berkuasa seperti Polis, APMM(Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dikatakan menjadi dalang kepada kebanjiran warga asing di Pulau Pangkor ini walhal pihak berkuasa ini pun sebenarnya berbangsa melayu.
Bayangkan, seorang driver(bernama Kassim) Polis Diraja Malaysia di Pangkor boleh beristeri dua dan isteri-isterinya tidak tinggal sebumbung. Berapakah pendapatan seorang driver?huhuhuh..
dari kiri: Chot, Epoi, Ajis |
Aku sedih bila dengar luahan pak sedara Epui. Bagaimana nasib melayu kat sini kelak? Cerita dia buat aku termenung terfikirkan situasi ini dalam tempoh 10-20 tahun akan datang. Hari ni di Pangkor, kita boleh tengok nasib org2 melayu yang nampak sangat daif. Muda mudi melayu terpaksa cari makan di 'darat'.
Nasib-nasib nelayan kecik makin lama makin tak menentu. Lagi pulak sekarang ni musim tengkujuh. Memang kais pagi makan pagi, kain petang makan petang, tak kais tak makan!! huhuhu.
Kota Belanda |
Jika perkara ni tak dibendung, aku pasti melayu di sana pasti akan jadi bertambah parah.
InsyaAllah, sebagai anak bangsa yang bertanggungjawap, kami akan maklumkan perkara ini kepada yang berkenaan untuk diambil tindakan. Itulah yang kami suarakan untuk yakinkan pak sedara Epui. Jika kita melayu, kita harus 'celik', buka mata sebelum terlambat. Inilah masa kiranya kita ingin perjuangkan bangsa demi agama!!
Catatan ini tidak lengkap dan mungkin akan di edit dari semasa ke semasa.
pss: Melayu ini sebenarnya bangsa yang cukup2 baik. benar kan?
pss: Menteri Besar Perak (Dato Sri Zambry) berasal dari Pulau Pangkor.
Pejuang Bangsaku? |
0 komen:
Post a Comment