Saturday, November 6, 2010

Esok bagaimana? aku suka merapu merapu

Salam..


Pernahkah kita fikirkan sesuatu keajaiban akan berlaku esok?
Setiap hari aku jadi flying man.. Aku berfikir, aku merenung, aku membaca, aku menafsir, aku mengkritik. Tetapi aku hari ini tetap sama dengan aku pada hari esok.


Itu aku punya hal. Susah senang memang patut aku letakkan sebagai tanggungjawap aku.
Aku benci dengan "itu orang". Aku tak pernah terasa aku ini sebagai warganegara.
Bukan tidak bersyukur. Tetapi itu ialah realitinya pada aku.


Apa yang aku ada sekarang hanyalah masalah. Masalah dengan diri aku. Masalah dengan fikiran aku. Dan pembawa masalah paling setia dengan aku pastilah "itu orang".


Kerajaan kata, kita mesti bantu kerajaan!! kita mesti berdiri teguh dibelakang kerajaan!!
Tetapi di mana kita diletakkan oleh kerajaan??
Apa kelebihan yang kita ada di tanah kita sendiri??
Apa apa apa?????

''itu orang" selalu bikin hal..
aku bercakap pada diri aku sebagai wakil diri aku pada aku.
aku ini cukup daif.
aku tiada apa yang boleh aku persembahkan di PWTC untuk aku banggakan.


Itu lah aku. Aku tidak akan bercakap begini jika aku hidup heppii..
Aku tidak akan mendurjanakan diri aku jika aku punya saving account yang mantap.
hah!!.


Masalah berputar putar dalam ruang angkasa kepala otak aku macam putaran cakerawala.
Rumit.


Aku wajib redha.
Aku sedang sedang sedang mencuba untuk cool dan redha.
Kerajaan yang bertindak sebagai mentadbir negara ni macamana ye!?


Seharusnya bila difikir secara normal punya otak. Kerajaan a.k.a pemerintah harus mentadbir untuk menyenangkan rakyat. Menyenangkan itu mustahil. Kerajaan harus selesakan rakyat.


Tapi tidak pernah pun aku berasa selesa.
Lantak laaaa.. itu kebenaran yang aku rasa pada aku.
Boleh kah anda pergi Ipoh dari Kuala Lumpur dengan duit seringgit?
Logik otak normal pasti cakap tak boleh.
Kalau berloyer mesti macamana pun boleh.


Duit aku masuk pada 25hb setiap bulan dan clear sebelum masuk bulan baru.
Itu cukup untuk menceritakan hidup dan life aku yang tak senang.
Pengurusan wang itu hal aku. Aku punya pasal.


Yang aku maksudkan, kita takkan boleh bergerak di bumi sendiri dengan tak ada duit poket.
Tiada jaminan yang membawa kita berada pada zon selesa.
Kan? Terima je lah. Memang ini pun realitinya.
Ini harus diutarakan. Ini harus aku ceritakan.
Siapa yang tidak mahu dirinya senang dan selesa.?
Orang yang banggang saja yang tak ada cita-cita macam tu.


Aku hari hari sedang membaja kebencian pada semua ini.


Aku harus benci untuk meratapi mereka yang lebih susah dari aku..
Orang orang yang pernah tak makan sehari.
Orang-orang yang duit likes chipsmore.
Aku pernah berada di tempat mereka.
Aku pernah berada di swasta.
Memang tiada siapa yang membela. Tiada yang mudah untuk tempuh hari hari.


Aku berhenti dan aku perlu tidur.
Aku masih lagi mengharap keajaiban.
Adakah mungkin esok boleh aku gerak dari Ipoh ke Kuala Lumpur dengan duit seringgit..
hahahaha.. 
aku sedang berhalusinasi dengan jasad pinjaman ini..


pss: sampai bila nak jadi pembodek yang banggang yang sudah le tak hensem!!?

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...