Monday, November 1, 2010

Sukanya mereka menCELAKAkan ISLAM !!!!

Pilihanraya DUN N45 Galas dah dekat.. makin banyak makin banyak cerita2 melobi sana sini..
huhuhu.. tak heran la sebab inilah budaya untuk memancing undi. Sangat2 penting budaya berkempen ni demi kepentingan dasar parti.


Tetapi dari satu sudut, aku berasa sedih jugak sebab pihak Umno-BN menggunakan peluang berkempen menggunakan org bukan Islam untuk sama-sama dengannya menghentam orang2 Islam. klik link ni
Mungkin kita tidak perasan perkara ni. Tetapi, inilah realitinya. Kerajaan menggunakan peluang ni untuk memburukkan pentadbi ran Islam bahkan keadilan dalam Islam itu sendiri. nauzubillah.


Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi kita sebagai umat Islam menjaga dan mempertahankan ajaran Islam daripada dipersia dan dipinggirkan umpama 'melukut ditepi gantang.' Wajib bagi kita menjaga maruah agama Islam agar ia tetap dipandang tinggi oleh mereka yang bukan beragama Islam. 


Seringkali mereka memandang hina terhadap Islam akibat perbuatan orang-orang Islam itu sendiri yang tidak mematuhi ajaran Islam. Apabila ada sesuatu perkara sumbang yang dilakukan oleh seorang yang beragama Islam, kadang kala bukan sahaja orang tersebut dikecam dan dipandang hina, malah mereka juga menuduh yang Islam yang menggalakan perkara tersebut. 


Apabila berlaku keganasan, dengan cepat Islam dituduh sebagai agama yang menggalakan keganasan. Apabila wujud kes jenayah yang dilakukan oleh orang Islam, dengan cepat Islam dituduh sebagai agama yang tidak dapat membendung pengikutnya daripada melakukan jenayah.


Sememangnya ini adalah satu perkara yang menyedihkan. Tetapi ia sesuatu yang susah untuk dielak kerana Islam memang sentiasa mempunyai musuh yang mahu melihat kehancurannya. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 32:

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam ) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak menyukai (akan yang demikian)".


Maka sesungguhnya Allah pasti menyempurnakan cahaya-Nya walau dimusuhi golongan kuffar dan munafiqin. Oleh itu penting bagi kita umat Islam menjaga kesucian agama kita ini agar ia tidak dipandang rendah oleh orang yang tidak faham. 


Kita menjaga kesucian agama kita dengan mempraktikkan segala ajaran Islam dan menghayati Islam sepenuhnya sehinggalah Islam itu dipandang tinggi dan mulia, sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 40:


"...Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".


pss: Lihatlah, ulama-ulama dilabelkan CELAKA oleh gerombolan!! Insaflah!! Sedangkan dunia mengiktirafnya sebagai Ulama Ulung Islam.. tetapi durjana ini melabelkannya CELAKA!! 


tidakkah kita terfikir.. pada usia Tok Guru, apakah gunanya dia memecah belahkan umat?
Bahkan tidak pernah lekang daripada mulut dan suaranya selain ISLAM!!



0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...