Ni lah jenis orang cerdik tapi berlagak bodoh..
Elok-elok jadi doktor, pegi buat kerja kotor..
sekarang dah tak boleh dok kantor..
hahahaha
menggelotor le engko..
Suspek terbabit, termasuk pemilik hospital, isterinya dan anak perempuan mereka serta tiga kakitangan ditahan dalam operasi pada 4.30 petang.
Menurut sumber, siasatan awal polis mendapati pasangan suami isteri yang terbabit membeli bayi perempuan itu selepas berurusan dengan hospital berkenaan sejak sebulan lalu.
'Ibu kandung bayi itu dipercayai berketurunan Melayu, manakala bapanya warga Pakistan,' katanya.
Hospital berkenaan yang dikatakan dimiliki seorang doktor bergelar Datuk, dipercayai menjalankan kegiatan menjual bayi sejak lebih 10 tahun lalu.
Hospital itu dipercayai memalsukan maklumat ibu bapa kandung bayi terbabit bagi membolehkan pasangan pembeli mendapatkan sijil kelahiran bayi itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Seorang wanita, yang juga kakitangan hospital berkenaan, turut mengiringi pasangan pembeli terbabit ke JPN di Putrajaya sejurus selepas urusan jual beli bagi membantu mendaftarkan kelahiran bayi itu dengan menamakan pasangan suami isteri itu sebagai ibu dan bapa kandung yang sah.
Difahamkan, harga bayi yang dijual sindiket itu boleh mencecah lebih RM30,000 mengikut bangsa dan jantina.
Harga bayi lelaki dikatakan lebih mahal yang biasanya dijual antara RM15,000 dengan RM20,000.
Bayi berbangsa Cina pula paling mahal dan dijual mengikut berat, iaitu RM10,000 sekilogram berikutan permintaan yang tinggi dan sukar diperoleh.
'Jika bayi itu beratnya tiga kilogram, maknanya harga bayi itu RM30,000, berbeza daripada bangsa lain,' menurut sumber.
Kebanyakan wanita menjual bayi mereka kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan perubatan yang mencecah sehingga RM5,000.
'Selalunya yang datang ke situ ialah wanita warga asing yang mengandung anak luar nikah selepas menjalin hubungan dengan lelaki senegara atau tempatan.
'Oleh kerana tidak mampu menanggung kos bersalin dan tidak mahukan bayi itu, mereka datang ke hospital berkenaan yang sememangnya diketahui menjalankan kegiatan menjual bayi.
'Si ibu akan bersalin di hospital itu dengan kos bersalin serta rawatan ketika pantang ditanggung hospital berkenaan, selain turut diberikan sedikit habuan selepas menyerahkan bayi mereka,' katanya. -- BHM.

0 komen:
Post a Comment