GEORGETOWN: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di tampar tujuh kali oleh kakaknya di ibu pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang disebabkan terlalu marah kerana adiknya terlibat dalam lumba motosikal secara haram.
Pelajar berkenaan termasuk antara 112 orang 'mat rempit' dan pembonceng berusia antara 13 dan 26 tahun yang ditahan polis dalam satu operasi membanteras pelumba haram di Jalan Bukit Gambier, Gelugor, dari tengah malam hingga 3 pagi.
Polis dan pemberita terkejut apabila kakak pelajar itu yang berusia 20-an tahun, menampar adiknya di depan orang ramai sekitar 10.30 pagi.
'Engkau sakit ke? Kenapa engkau terlibat dengan budak-budak jahat? Aku tahu engkau selalu ponteng sekolah. Apa nak jadi dengan engkau, hah,' pekik wanita itu, seperti ditukil akhbar New Straits Times semalam.
Awal dari itu wanita itu dan ibunya merayu kepada Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Negeri, Superintenden Wan Aziz Wan Husin, agar membebaskan adiknya yang menjadi pembonceng motosikal dalam lumba haram itu.
Beliau memberitahu polis bahawa adiknya selalu ponteng sekolah.
Selepas itu beliau meleteri adiknya sebelum menamparnya.
Kemudian, apabila adiknya hendak bersalaman dengannya, wanita itu memekik, 'Jangan sentuh aku!'
Pelajar berkenaan termasuk antara enam remaja bawah umur yang ditahan dalam operasi tersebut.
Para penunggang motosikal yang ditahan itu terpaksa menolak motosikal mereka dan berjalan sejauh 15 kilometer dari Bukit Gambir ke ibu pejabat polis di Georgetown. Operasi itu tamat pada 3 pagi.
Superintenden Wan Aziz berkata polis menyita 18 motosikal dan mengeluarkan 74 saman kepada penunggang motosikal, yang kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.
Mereka ditahan kerana memandu secara berbahaya. -- NST, BMM, Sunday Star.
Tuesday, November 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment