Friday, November 5, 2010

Dihukum Penjara 2 Minggu Hina Rasulullah S.A.W

Seorang rakyat Singapura, Andrew Kiong Khen Kiat, 44, telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu atas kesalahan menghina agama lain.

Andrew Kiong Khen Kiat ditahan oleh pasukan keselamatan Singapura apabila didapati menampalkan sebuah poster menghina Nabi Muhammad s.a.w pada cermin depan kereta milik sepasang suami isteri beragama Islam di kawasan letak kereta di sekitar apartment mereka.

Berdasarkan laporan akhbar The Strait Times, kejadian tersebut berlaku pada 2 Februari 2009 dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai kesalahan itu pada 30 Julai lalu.

Kejadian itu bermula apabila Halinah Barudin dan suaminya Haji Mohamad Dahar Dollah melihat sebuah poster yang menghina Rasulullah diletakkan di cermin depan kereta mereka. Bagi mendapatkan kesahihan pelakunya, pemilik kereta tersebut memohon pihak pengurusan apartment mereka menyiasat melalui rakaman kamera tertutup. Dari paparan tersebut. Identiti Andrew Kiong dikenalpasti dan pasangan tersebutnya akhirnya membuat laporan polis.

Di hadapan polis, semasa disoalsiasat, Andrew Kiong telah membuat pengakuan bahawa beliau mempunuai 16 keping poster yang membawa mesej menghina Nabi Muhamad dan menampalkan sebanyak 8 keping poster di cermin depan 8 kereta kepunyaan pasangan Islam. Poster selebihnya kemudian dibuang.

Andrew tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu telah dirakam oleh lensa kamera tertutup yang dipasang di sekitar kawasan meletakkan kenderaan dan walaupun proses perbicaraan tersebut mengambil masa yang lama, akhirnya beliau akur dengan keputusan yang menghantarkannya ke penjara selama dua minggu.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...