Wednesday, November 3, 2010

Jadilah orang yang CERDIK..

Salam..


Sedar tak sedar pilihanraya kecil sabah dan kelantan dah sampai ke kemuncaknya. Esok penduduk di Batu Sapi dan Galas akan keluar menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi. Bahkan pengundi yang berdaftar di DUN tersebut juga akan pulang untuk memangkah undi.


Itu adalah keWAJIPan. Jadi tunaikanlah kewajipan anda sepatutnya. Undi anda akan menentukan siapa yang bakal menang dan siapa yang bakal menjadi wakil suara masalah anda.


Bijak anda memilih maka bonus lah pada anda. Jangan hanya percaya pada janji-janji manis lagi syahdu parti-parti yang bertanding. Ambil kira isu-isu yang lepas sebagai tauladan dan panduan.


Kelakar atau geli hati?
Kelakar sebenarnya aku tengok suasana berkempen parti-parti yang bertanding ni. Apabila wakil rakyat di tempat tu dah 'goodbye' maka rakyat-rakyat di kawasan tu sudah boleh mencongak apakah yang mereka inginkan dikawasannya:)
Rasanya jika diminta, jambatan terpanjang di dunia pun mungkin boleh dibina:)


Ini sebenarnya bonus pada penduduk di kawasan itu. Mohon saja apa-apa pun. InsyaAllah akan dijanjikan. Ditunaikan belum pasti. Tetapi dapat atau tak, bergantung pada keputusan undian kelak. Pada situasi sebelum, parti yang bertanding ni berjanji saja lebih.. 


Katanya rakyat diutamakan(tetapi jika dia menang laa..kalau kalah, padan muka kau.. kah kah kah) Jadi, anda harus menjadi seorang yang cerdik, bijak, pandai dan maha bijaksana dalam satu hari!! Buatlah solat istiqarah. Buatlah 'lai lai li lai tamplum'. Putarkanlah dadu.. kah kah kah. Ini bukan gurauan. Jadi, ingatlah!!!


KEPUTUSAN ANDA MENENTUKAN SEGALANYA..


Jangan jadi barua.
Jangan jadi bangsat.
Jangan jadi banggang.
Jangan jadi bodoss.
Jangan jadi bongok.
Jangan jadi belang-belang idong.
Kah Kah Kah Kah..


Kelakar jugak aku tengok bila kampung-kampung yang berjam jauhnya di ziarah. Bahasa yang tak pernah disebut dah jadi pemanis mulut (ex:Mangan tak mangan, kita kurun-kurun undian noh BN…). Rakyat yang tak biasa ditegur menjadi kawan. Rumah rakyat yang tak dipandang dilawat. Kedai kopi jadi tempat melepak(bukan kedai kopi atas KLCC tau). Ini semua hanya bertujuan untuk memancing undi kan? Jadi.. Jadilah yang cerdik dari yang tercerdik!!


Mudah mudahan janji yang ditabur itu dikotakan.
Mudah mudahan rakyat tidak diperbodohkan.
Mudah mudahan rakyat tidak diperkotak katikkan.
Mudah mudahan yang kalah harus terima kenyataan.


Jangan diimpikan menara KLCC dibina ditempat anda.
Jangan diimpikan jambatan penang dibina ditempat anda.
Jangan diimpikan felda anda ada airport.
Jang jang jang jang...JANGAN


Anda lebih tahu apa yang anda inginkan dari apa yang anda impikan!!
Apa jua pun isunya, NAWAITU kita mestilah padaNYA. Kerana apa jua pun yang kita janji tidak akan termakbul jika tidak dengan izinNYA.


amin ya rabbal alamin...
pss: Mangan tak mangan, kita kurun-kurun undian noh BN… ('o')



0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...