Thursday, November 18, 2010

Bagaimana sebuah kereta direka?

REKAAN automotif merupakan profesion yang melibatkan pembangunan keadaan luaran dan sehingga kepada argonomik kenderaan bermotor.
Biasanya merujuk kepada automobil tetapi kadang-kala kepada motosikal, trak, bas dan van.

Fungsi dan pembangunan kenderaan bermotor moden biasanya dilakukan oleh satu kumpulan yang besar daripada pelbagai bidang termasuk jurutera automotif.
Reka bentuk automotif menitik berat pembangunan rupa luaran atau nilai estetika pada kenderaan selain rekaan konsep produk.

Pereka automotif biasanya adalah mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang seni dan ijazah dalam rekaan industri atau rekaan pengangkutan.

Tugas ahli kumpulan reka bentuk biasanya terbahagi kepada tiga aspek utama iaitu rekaan luaran, rekaan trim dan warna.

Pereka grafik juga memberikan sumbangan kepada rekaan automotif yang biasanya dikongsi dengan pereka lain. link


0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...