Cabaran C2MC - Cape 2 Mecca Cycle
JEDDAH: Sdr Imtiyaz Ahmad Haron dan Sdr Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan, pada Februari lalu dengan berbasikal.
Sembilan bulan kemudian, mereka tiba di Makkah bagi menunaikan haji.
Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadah haji bermula.
Encik Imtiyaz, 25 tahun, dan Encik Nathim, 28 tahun, merancang pengembaraan haji mereka itu sejak Disember lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah sebelum mereka.

melintasi negara Syria (bulan Ramadhan) |
''Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini,'' kata Sdr Nathim kepada wartawan.
Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari dari sebuah masjid di Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat.
Walaupun mereka berdua bukan pengayuh basikal profesional, mereka menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.
Sdr Imtiyaz berkata rakan-rakan mereka membantu merancang perjalanan itu dan khidmat Jabatan Lalu Lintas Afrika Selatan menyelidik keperluan visa.
Mereka berbasikal antara 80 dengan 100 kilometer sehari dan antara lain telah merentas Botswana, Zimbabwe, Mozambique dan Malawi.
Semasa bulan puasa lalu, mereka sedang berbasikal merentasi Turkey dan Syria.
Apabila akhirnya tiba di Makkah, hari sedang hujan lebat dengan petir dan guruh berdentum.

''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Makkah dan kami tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan,'' kata Sdr Nathim.
Mereka bagaimanapun, belum memutuskan cara untuk pulang ke Cape Town. -Agensi
MasyaAllah..memang hebat !!
0 komen:
Post a Comment