1. WUJUD : Ertinya Allah itu ada dan mustahil Allah tidak ada. Kalau kita lihat segala makhluk di bumi dan di alam yang luas ini kita akan merumuskan pastilah semua itu ada penciptanya. Maka yang menjadikan dan mencipta alam dan segala isinya tidak lain dari Allah Yang Maha Berkuasa.
Allah berfirman di dalam al-Quran pada surah Az-Zumar, ayat 4 yang bermaksud,
2. QADIM : Ertinya tiada permulaan bagi Allah kerana jika Allah ada permulaan nescaya samalah Dia dengan makhluk. Kalau Allah sama dengan makhluk nescaya bukanlah Dia Allah Yang Maha Pencipta. Dan segala yang ada permulaan tentulah ada akhirnya.
“Maha Suci Allah. Dialah Allah Yang Maha Esa dan Maha Gagah.”
Jika Allah ada permulaan dan ada akhirnya tentulah Dia akan mati seperti kematian yang dialami oleh setiap makhluk.
Allah berfirman pada surah Al-Hadid, ayat 3 yang bermaksud,
“Dialah (Allah) yang tidak ada permulaan dan tidak ada kesudahan. Dialah (Zat-Nya) yang zahir dan yang tersembunyi dan Dia Yang Maha Tahu akan segala-galanya.”
3. BAQA : Ertinya kekal abadi selamanya. Jika Allah tidak kekal, nescaya Dia bukan Allah. Dan jika Allah tidak kekal nescaya Dia sama dengan makhluk. Tidak ada makhluk Allah yang kekal di alam ini.Allah berfirman pada surah Al-Qasas, ayat 88 yang bermaksud,
“Semuanya akan lenyap kecuali zat-Nya.”
4. MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH : Ertinya Allah itu berlainan dari segala yang lain. Adalah mustahil bahawa Allah itu menyamai makhluk-Nya. Jika ada sesuatu yang menyamai Allah dalam sebarang aspek, samalah Allah dengan makhluk.
Allah berfirman pada surah Asy-Syura, ayat 11 yang bermaksud,
“Tiada yang menyerupai-Nya, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
5. QIYAMUHU BINAFSIHI : Ertinya Allah tidak bergantung pada pertolongan sesiapa. Hanya makhluk memerlukan pertolongan pihak lain.
Allah berfirman pada surah Al-Ankabut, ayat 6 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah tidak memerlukan (pertolongan) makhluk di alam ini.”
6. WAHDANIAH : Ertinya Allah itu Maha Esa dan Maha Tunggal. Jika Allah itu lebih dari satu, nescaya akan berlaku sengketa di antara mereka dan alam ciptaan-Nya akan kacau bilau. KeEsaan Allah itu juga merangkumi segala aspek, sama ada zat-Nya atau perbuatan-Nya. Maka zat Allah tidak seperti jisim atau jasad manusia yang terdiri dari berbagai-bagai anggota dan bahan yang berbeza.
Perbuatan Allah juga tunggal, tidak bertahap dan tidak memerlukan sokongan dari apa pun atau dari sesiapa.
Allah berfirman pada surah Al-Baqarah, ayat 163 yang bermaksud,
“ Dan Tuhanmu adalah Allah Yang Maha Esa, tiada Tuhan selain Dia Yang Pengasih dan Maha Penyayang. Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah adalah Maha Esa. Tempat bergantung bagi segala yang lain. Dia tidak melahirkan anak dan tidak dilahirkan. Dan tiada apa pun yang setaraf dengan-Nya.”
7. KUDRAT : Ertinya Allah Maha Berkuasa . Mustahil Allah itu lemah kerana yang lemah itu makhluk.
Allah berfirman pada surah Al-Ahzab, ayat 72 yang bermaksud,
“Sesungguhnya allah berkuasa atas segala-galanya. Allah mencipta apa saja yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah berkuaa atas segala-galanya.”
8. IRADAT : Allah memilih untuk melakukan dan menentukan sesuatu menurut kehendak-Nya sendiri. Allah tidak dipengaruhi atau dipaksa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Allah berfirman pada surah Al-Qasas, ayat 68 yang bermaksud,
“Sesungguhnya tuhanmu menjadikan apa yang Dia mahu menurut apa yang Dia kehendaki.”
9. ILMU : Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya jika ada sesuatu yang tidak diketahui-Nya nescaya Allah itu sama bodoh-Nya seperti makhluk-nya.
Allah berfirman pada surah Al-Baqarah, ayat 29 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Dia (Allah) itu Maha Mengetahui akan segala-galanya.”
10. HAYAT : Allah itu hidup sepanjang masa kerana jika Allah boleh mati nescaya Dia bukan Allah tetapi makhluk. Jika Allah mati nescaya binasalah seluruh alam dan isinya kerana tiada kuasa selain dari Allah yang mencipta dan mengurus alam ini.
Allah berfirman pada surah Al-Baqarah, ayat 255 yang bermaksud,
“Tiada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup dan Maha Perkasa.”
11. SAMA’ : Allah itu Maha Mendengar. Mustahil jika Allah itu pekak atau tuli kerana pekak atau tuli adalah sifat makhluk yang lemah.
Allah berfirman pada surah Asy-Syura, ayat 11,
“Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”
12. BASAR : Allah itu Maha Melihat akan segala-galanya. Adalah mustahil Allah itu buta atau rabun kerana buta atau rabun itu adalah sifat makhluk.
Allah berfirman pada surah Az-Zukhruf, ayat 80 yang bermaksud,
"Apakah mereka sangka Kami (Allah) tidak mendengar rahsia bisikan mereka. Bahkan ada pesuruh Kami (para malaikat) yang menulisnya."
13. KALAM : Allah itu berkata-kata dan tidak bisu seperti setengah manusia kerana bisu itu diantara sifat manusia yang sentiasa lemah. Hanya Allah itu tidak berkata-kata seperti manusia atau makhluk yang lain.
Allah berfirman pada surah An-Nisa',ayat 164 yang bermaksud,
"Sesungguhnya Allah berkata-kata dengan Musa dengan kata-kata yang benar."
14. KAUNUHU QADIRAN : Allah sentiasa berkuasa sepanjang masa tanpa tempoh atau had Kekuasaan-Nya sentiasa utuh dan tidak pernah berkurangan. Jika kuasanya berkurangan samalah Allah dengan makhluk.
15. KAUNUHU MURIDAN : Bererti bahawa sifat Iradah pada Tuhan adalah kekal abadi selamanya. Sifat itu tidak berubah atau berkurang sedikit pun sepanjang masa.
16. KAUNUHU ALIMAN : Bererti bahawa Alkah itu sentiasa mengetahui segala-galanya sepanjang masa,tanpa lupa dan tanpa lalai sedikit pun.
17. KAUNUHU HAYYAN : Ertinya Allah itu hidup sepanjang masa. Hidup-Nya tidak dipengaruhi oleh masa atau umur.
18. KAUNUHU SAMIAN : Ertinya Allah sentiasa mendengar sepanjang masa. Pendengaran-Nya tidak pernah lemah, cacat atau terhalang sedikit pun.
19. KAUNUHU BASIRAN : Ertinya Allah sentiasa melihat segala-galanya, tanpa berkurang sepanjang masa.
20. KAUNUHU MUTAKALLIMAN : Sifat Kalam bagi Allah adalah kekal selamanya, tidak berkurang atau cacat sedikit pun.
Demikianlah secara ringkas keterangan mengenai 20 sifat Allah yang wajib ada pada-Nya. Menurut ulama tauhid di sana ada pula 20 sifat Allah yang mustahil bagi-Nya.
20 sifat yang mustahil itu berlawanan dengan 20 sifat-Nya yang wajib.
Setiap orang mukmin perlu mengetahui sifat-sifat Allah yang wajib ini secara mendalam untuk menjadi mukmin yang sempurna.
Sifat Allah Yang Harus
Di samping sifat-sifat Allah yang wajib dan mustahil, Allah juga mempunyai sifat yang harus bagi-Nya. Dengan sifat ini Allah boleh melakukan sesuatu dan boleh tidak melakukan sesuatu menurut kehendak dan pilihan-Nya sendiri tanpa paksaan atau pengaruh dari sesiapa atau dari mana pihak sekalipun.
Setiap orang mukmin perlu mengetahui sifat-sifat Allah yang wajib ini secara mendalam untuk menjadi mukmin yang sempurna.
Sifat Allah Yang Harus
Di samping sifat-sifat Allah yang wajib dan mustahil, Allah juga mempunyai sifat yang harus bagi-Nya. Dengan sifat ini Allah boleh melakukan sesuatu dan boleh tidak melakukan sesuatu menurut kehendak dan pilihan-Nya sendiri tanpa paksaan atau pengaruh dari sesiapa atau dari mana pihak sekalipun.
Jika Allah wajib melakukan sesuatu atau tidak wajib melakukan sesuatu nescaya Allah boleh dipaksa atau dipengaruhi oleh pihak lain untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu. Allah berfirman pada surah Al-Israk, ayat 54 yang bermaksud,
"Jika Dia mahu Dia boleh memberi rahmat kepada kamu dan jika Dia mahu Dia boleh menghukum kamu."Seorang mukmim wajib mengetahui dan meyakini kesemua sifat Allah secara mendalam hingga dia faham dan meyakini segala hal yang bertalian dengan soal ketuhanan.
Sifat-sifat Tuhan yang wajib bagi-Nya adalah berlainan dengan nama-nama Tuhan yang dirakamkan di dalam al-Quran dan dikumpul serta disusun didalam hadis rasul berjumlah 99 nama Allah.
Allah berfirman pada surah Taha, ayat 8 yang bermaksud,
"Allah itu tidak ada Tuhan lain selain Dia, bagi-Nya nama-nama yang baik (Asma'ul Husna)."Oleh kerana 99 nama Tuhan itu telah dirakamkan di dalam al-Quran, siapa pun tidak boleh mencipta nama-nama Tuhan selain daripada nama-nama yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran yang kemudian dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya.
pss: lebih manfaat kiranya kita menghafal sifat 20 sebelum kita menhafal lirik-lirik lagu :)
1 komen:
TQ untuk info nya
Post a Comment