Sunday, November 14, 2010

Projek mewah boleh, bantu PENJAWAT AWAM tak boleh

di petik dari Cuepac
PARLIMEN KUALA LUMPUR: Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.

"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.


"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.

"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?

Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.

Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.

"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.


pss : saya sangat menyokong Datuk Mahfuz Omar!
Inilah pemimpin yang rakyat perlukan. 
Pemimpin seharusnya meringankan beban rakyat..dan bukannya menambah derita rakyat!!!! jika penjawat awam pun tidak di bela, bagaimana pula dengan pekerja di sektor swasta.? tentulah mereka lebih azab daripada penjawat awam.. 

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...