Wednesday, November 17, 2010

Menteri letak jawatan demi maruah Kerajaan!

New delhi -  Menteri Komunikasi dan Teknologi Informasi India, Andimuthu Raja meletak jawatan berikutan dakwaan berlakunya penipuan peruntukan spektrum 2G (Rs 1.76 lakh) yang juga mencetuskan kontroversi, kelmarin. 

A Raja, 47, menyatakan beliau berasa tertekan selepas anggota Parlimen pembangkang menggesanya untuk meletak jawatan sekali gus, menyebabkan sidang Parlimen terpaksa ditangguhkan beberapa kali minggu lalu. 

Beliau didakwa terlibat di dalam kes rasuah berhubung dengan peruntukan spektrum 2G yang dibekalkan pada harga rendah kepada pengusaha telekomunikasi, seterusnya melibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

"Demi mengelakkan kerajaan diaibkan dan untuk memelihara keamanan yang harmoni, saya meletak jawatan, namun saya tidak bersalah," katanya selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri India, Manmohan Singh di kediamannya. 

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...