Sunday, November 14, 2010

Punca berkurangan tanah Melayu di Pulau Pinang

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang sebenarnya berlaku di zaman UMNO dan BN memerintah Pulau Pinang. 
Fakhrurrazi Khalid
Sikap tidak amanah dan kelalaian kepimpinan UMNO ketika berkuasa cukup dikesali yang menyebabkan kehilangan tanah hak milik orang Melayu di Pulau Pinang. Sikap tidak bertanggungjawap pemimpin UMNO itu diakui sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pulau Betong, Faris Saad dari Barisan Nasional.
Faris Saad - ADUN Pulau Betong(BN)
Pengakuan ADUN Pulau Betong ini dibuat semasa menjadi ahli panel debat perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang - Apakah Jalan Penyelesaian
Selama ini UMNO tidak henti-henti membuat dakwaan bahawa DAP mengambil tanah orang-orang Melayu di Pulau Pinang. 

Hakikatnya ADUN UMNO sendiri mengakui bahawa kehilangan dan pengurangan tanah orang Melayu bukan semasa zaman pemerintahan Pakatan Rakyat sebaliknya semasa zaman BN memerintah Pulau Pinang. 

Fakhrurrazi berkata rakyat perlu peka dalam hal ini kerana ia membabitkan maruah bangsa dan agama Islam. Rakyat juga perlu mengajar kepimpinan yang bersalah dan mengangkat parti yang mampu mengambilalih tugasan UMNO. Beliau juga tidak menolak kemungkinan pengambilalihan tanah orang Melayu di Perak semasa zaman pemerintahan BN di Perak. 

Sebaliknya mereka lantang menuduh Datuk Seri Dr Nizar Jamaludin menjual hak Melayu ketika 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.  "Pengakuan ADUN UMNO ini menggambarkan sikap pentingkan diri kepimpinan UMNO sehingga gagal mempertahankan tanah orang Melayu," katanya. "Pemimpin UMNO perlu mencermimkan diri sendiri dulu sebelum menuduh pemimpin Pas menjual hak Melayu," katanya.

keratan daripada akhbar Sinar Harian  7 Zulhijjah 1431

pss: Sesiapa pun kita, kepada-Nya jua bakal kita kembali!!!

1 komen:

pri said...

berapakah nilai aset yang dimiliki oleh pemimpim umno sekarang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...