Friday, November 19, 2010

Chua Soi Lek pertikai Islam !!!

salam..
apa nak jadi dengan Presiden MCA ni..
makin lama makin menjadi jadi dia cari pasal..
sebelum ni dah mengata-gata yang Islam ni mundur, tak maju,,
ini sekali lagi mempersalahkan Islam dalam sambutan perayaan Aidil Adha!!
ini sudah melampau sebenarnya..
wahai Chua Soi Lek..bukan sengketa yang kami(ISLAM) cari..
tetapi sikapmu sudah melebihi taraf kejahilan Yahudi dah ni..

Sikap Soi Lek ni memang mengambarkan dia memang bencikan Islam..
kalau tidak kenapa baru sekarang dia mencari pasal dengan Islam..

Bukan setahun dua orang Islam merayakan Aidil Adha ni..
masyaAllah..
Aku harap baginda Sultan akan mainkan peranan baginda dalam hal ni..

dan semua melayu Islam pun tidak harus nampak ini sebagai sesuatu yang remeh..
di mana ''orang-orang kuat melayu Islam'' sebelum ini?
Perkasa, Pekida, Ulangmak Umno, Ulangmak Muda Umno..
Common laaa.. Soi Lek pertikai hak agama ni bro!!
bukan pasai perkauman dah ni!!

Masa ini la Dewan Himpunan Penyokong Pas nak main peranan pun..
Mana ahli-ahli Pas.. cepat..
Mana orang-orang melayu Islam? cepat...
orang-orang kampung takdak kuasa nak lawan apek ni melainkan puak2 yang ada kuasa...

ini cari pasal punya hal!! kurang ajar!!


Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha

Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...