Saturday, December 11, 2010

sehari aku di LCCT tengok pramugari AirAsia

assalamualaikum..
sehari yang jadikan aku rasakan aku begitu 'murah' pada nilai sebenar Melayu di tanah Melayu..Melayu tanah airku yang katanya Islam..


jadi aku mulakan mukadimah ayat-ayat terjemah dari Al-Quran..


Firman Allah SWT :
"Wahai orang yang beriman!, sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya, yang bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan bersifat tegas terhadap orang kafir. 
Mereka berjihad (berjuang dengan bersungguh-sungguh) pada jalan Allah, dan mereka tidak takut pada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui".


pss : ayat di atas sengaja aku sebar untuk kita 'change' apa yang sepatutnya.. Malaysia boleh (ke?)..


Alhamdulillah, semalam 10.12.2010 aku terpaksa bekerja dan bertugas di luar kawasan..
3 jam perjalanan daripada Langkap, Perak ke LCCT airport atas tugas jabatan dan kerajaan.


Cukup-cukup berbaloi sebenarnya kerana aku dapat saksikan sendiri bagaimana 'kecanggihan' Melayu apabila berada ditempat standard antarabangsa seperti di LCCT tu.. hahaha..
(ayat mukadimah aku masih skema)


Aku sebenarnya rasa cukup-cukup berbaloi kerana menyampah aku pada bangsa aku makin menebal. Kenapa aku menyampah?


Aku sedih kerana Melayu masih lagi ditakrif dengan Islam. Islam rosak dengan bawaan Melayu..


Pramugari Air Asia 
Pernahkah kita atau sedarkah kita bagaimana pakaian seragama a.k.a uniform seorang pramugari@stewardess perempuan Air Asia ?


pss: aku tak ambil gambar sebagai bukti..takut kamera rosak ambil gambar seksi :)
pss: booking tiket AirAsia


Wow..cukup menjolok mata aku bertubi-tubi.. memang seksi dan seksa.. Sejengkal dari lutut kependekkan skirt yang depa pakai tu.. 


al-kisahnya, aku sampai awal di LCCT sebelum masa untuk kerja tu, dan masa yang ada tu aku melepak-lepak mengisap asap di bangku luar LCCT. Keasyikan nikmat asap yang aku isap tu ditambah pulak dengan 'lalu lalang' para-para pramugari Air Asia ni depan aku. Samada diaorang nak pi kerja ka atau tak, aku tak tau la tu.. Keasyikan tu makin best bila 2 orang pramugari cantik Air Asia ni meringankan buntotnya nak duduk kat kerusi-kerusi tu jugak. (aku jeling-jeling jugak..)
~gambar ini sekadar hiasan dan kiasan~
Wow, haruman minyak wangi yang depa pakai tu menjolok lubang hidung aku sama-sama dengan asap yang aku isap tu.. Memang cukup menghairahkan. Tak sampai lima saat pun depa duduk, depa pun sama-sama join aku mengisap asap..


Wow lagi sekali, memang cukup 'style' cara depa tu. Duduk, lipat kaki, buka beg, amik rokok dan isap. Gaya mereka serentak. Aku automatik terfikir, adakah cara depa ni termasuk dengan rutin-rutin asas sebagai seorang pramugari AirAsia ? 
(aku tak kata pada semua pramugari ni hisap rokok. Tapi kalau pakai skirt pendek tu, semua sama saja lah woi!!!)
(Woi !! dah la hisap rokok, puntung rokok buang merata-rata pulak tu..)


~gambar ini sekadar hiasan dan kiasan~
Seharian aku kat LCCT tu, aku perhatikan semua gaya-gaya pramugari dan pramugara Air Asia ni hampir sama saja style depa. Yang paling buatkan aku rasa murah sebab nilai Melayu tu terlalu 'tinggi' untuk aku kejar. Melayu sudah advance di bandaraya.. Aku benar-benar sedar bahawa aku ni hanyalah seorang melayu kampung yang sopan santun dan selalu kena tipu dengan kerajaan walaupun bekerja dengan kerajaan.


Aku dah tukar mood to mengata vs memaki
Hoi!!! Mak bapak depa tahu ka apa yang depa buat? Mak bapak depa tahu ka uniform depa tu macamana? Mak bapak pramugari Melayu tu Melayu jugak ka? Melayu-melayu pramugari ni melayu-melayu bersatu ka? Depa ni melayu register ka? Depa ni ada kad PERKASA macam aku ka? Hoi!!!! 


Malaysia kan negara ISLAM ! Betulkaaa?
ISLAM yang hang bawak!!! ISLAM yang hang jaja di tempat standard antarabangsa tu.. Macam-macam jenis orang turun naik turun naik dari langit singgah kat Malaysia Melayu Islam ni woi!!!! Aku pun Melayu jugak, aku pon ISLAM jugak.. Apa orang bukan Islam akan kategorikan aku bila tengok pramugari-pramugari melayu tu? Bukankah aku ni sama saja dengan depa tu ? Macamana usaha-usaha dakwah ustaz-ustaz dan muslimin muslimat kat luar sana nak berjaya kalau macamni yang Melayu kononnya Islam tonjolkan pada khalayak?
~gambar ini sekadar hiasan dan kiasan~
 Kita jangan ambil mudah perkara-perkara sebegini. Ini bukan perkara remeh. Sekalipun AirAsia tu bukan syarikat milik kerajaan Malaysia tetapi tak bolehkah kerajaan yang mengakui dan takrif Malaysia sebagai negara Islam ni kuatkuasakan cara berpakaian yang sopan dan menutup aurat macam pramugari MAS tu ? Walaupun tak pakai tudung, tapi biarlah skirt pendek tu dilabuhkan sampai ke paras buku lali. Bukankah itu lebih manis untuk kita tonjolkan bangsa Melayu itu sopan walaupun tak santun.


Jika etika berpakaian tu kerajaan kuatkuasakan seperti pramugari MAS tu, automatiknya secara psikologi pramugari-pramugari yang tegar merokok ni akan jadi malu dengan sendiri. Kan? 
~gambar ini sekadar hiasan dan kiasan~
Apa nak jadiii
Entahlah.. Apa nak jadi dengan kita hari ni. Bala dan musibah makin kita seru.. Mak bapak tak usah banggalah jika itu nilai yang anak kamu bawa dan pertontonkan kepada mata dunia. Takkanlah mak bapak yang dah berumur level 50 ke 60an masih tak sedar kot tentang dosa-dosa hukum-hakam yang akan mak bapak tanggung daripada noda anak-anak depa kot ? 


Apa guna mak bapak nampak masalah Islam di rumah jiran sebelah tapi anak sendiri pun kita tak mampu jaga..


Umur meningkat setiap saat bukannya menolak-nolak kubur.. tapi makin memanggil manggil.. Sedarlaaaa..
Pramugari MAS - kan sopan je ni..
Kalau sudah berkahwin, takkan lah si suami tu tak tahu kot dosa-dosa yang wajib dan automatik bagi si suami ? Berkahwin kan kena pergi kursus kahwin, mustahil kalau tak tahu kan..


Takkan la semua pramugari-pramugari pilihan Air Asia ni datangnya dari wakil-wakil gadis dari bandaraya2 seluruh Malaysia ni kot? (berapa banyak bandaraya yee..)


Harapnya perkara ni akan diketengahkan oleh kerajaan. Jika pakaian seragam kerja pun sudah sebegitu rupa macamana pulak dengan pakaian depa riadah? Hampa pikiaq la weiiii..


pss: Aku asal Kedah.. depa=diaorang@mereka@golongan itu


pss: Aku bukan nak kata kat semua stewardess AirAsia especially pasal smoking. Tapi ayat melayu ada menyebut.. "Kerana nila setitik, rosak susu sekawah".


pss: guru-guru, pekerja Islam di Eropah sanggup berhenti kerja hanya kerana tidak dibenarkan menutup aurat.. -pentingnya adab aurat..


 lagi link-link ..

PSS : aku ada cerita untuk di cerita tapi aku tak larat untuk cerita apatah lagi menaip naip taip paip pelp pet :(

4 komen:

Kolek Kecil said...

Rasanya elok ulas je. Tak payahlah letak gambar sekali.

princess myra said...

As salam bloger.. cek pon org utra kgr perlis....da lebih 5years dgn mas... dlu sgpore airlines... ada btol dan tepat hujah2 saudara tu... bkn krna sy stewardes mas. tapi jujurny pkaiam singapore airlnes yg bkn status pndudukny brgma islam pn msihngekalkan kebya hingga skrg!!

Unknown said...

Assalamualaikum.Sy bukn nk bakcup stwrdess yg bragama islam yg mnjd stwrdess skrg ni.mmg kita tgok airasia punya sragam x mnutup auratkaum pmpuan..Skurg2 nya,U yg mmbahas psl ni..dok ckp psl hukum agama tp U sndiri pn buat dosa U pn dh kira sama la dgn org yg U judge..why i say lile this?bcause firstly u dah aib kn stwrdesa yg bkrja dlm jwatan tu.Secondly even u nk bg kesedaran? Perlu ke u letak gmbar2 yg mcmtu?? Sama jugak u da buat org2 yg bca ap u tulis ni dpt dosa dgn tgok gmbr yg u ltak sbgai hiasan? Am i right?Lastly sifat marah u tu bukn ke u dh jd kawan shaitan?sifat marah adlh sifat shaitan.And one more thing..Not all stwrdess murah.Prnh u tnya some stwrds why they choose this job? Ad yg nk tolng fmily.mmg bnyk lg krja yg dia bolh bt.bt all of what we do..Allah da aturkn..Allah is the best planner..Kita x boleh nk slahkn tkdir..Bfore we want to judge person..make sure u are totaly prfect. Then u can judge who u want to judge (y)

Unknown said...

Assalamualaikum.Sy bukn nk bakcup stwrdess yg bragama islam yg mnjd stwrdess skrg ni.mmg kita tgok airasia punya sragam x mnutup auratkaum pmpuan..Skurg2 nya,U yg mmbahas psl ni..dok ckp psl hukum agama tp U sndiri pn buat dosa U pn dh kira sama la dgn org yg U judge..why i say lile this?bcause firstly u dah aib kn stwrdesa yg bkrja dlm jwatan tu.Secondly even u nk bg kesedaran? Perlu ke u letak gmbar2 yg mcmtu?? Sama jugak u da buat org2 yg bca ap u tulis ni dpt dosa dgn tgok gmbr yg u ltak sbgai hiasan? Am i right?Lastly sifat marah u tu bukn ke u dh jd kawan shaitan?sifat marah adlh sifat shaitan.And one more thing..Not all stwrdess murah.Prnh u tnya some stwrds why they choose this job? Ad yg nk tolng fmily.mmg bnyk lg krja yg dia bolh bt.bt all of what we do..Allah da aturkn..Allah is the best planner..Kita x boleh nk slahkn tkdir..Bfore we want to judge person..make sure u are totaly prfect. Then u can judge who u want to judge (y)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...