Saturday, December 11, 2010

Takut Kerajaan Allah ka takut kerajaan Malaysia ?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah sesudah selesai solat subuh tadi aku terfikir nak berkongsi mp3 kuliah agama berkenaan :

Link : K L I K [dengar sampai habis kalau masih mengaku ISLAM]
Link : K L I K [dengar sampai habis kalau masih mengaku ISLAM]
Link : K L I K [dengar sampai habis kalau masih mengaku ISLAM]

3 link ni dari media-fire - Ustaz Shahril Long. Semua best. Aku reccomend.

Sejujurnya,
AKU beragama ISLAM dan
AKU Penyokong PAS!!!


Sedar-sedarlah..
Jawapan kepada kakitangan Kerajaan Malaysia yang masih takut untuk terang terangan menyatakan pendirian untuk menyokong Islam. Atau orang-orang Kerajaan yang pandai sembang bab agama saja tapi tetap duk menyokong UMNO. Atau yang nak sokong Pakatan Rakyat (PR) tapi bermasalah kerana PR bergabung dengan DAP walhal sekiranya menyokong UMNO pun, bukankah gabungan Barisan Nasional itu juga punya MCA dan MIC ?

Jangan kita silap percaturan dalam menentukan siapakah pemimpin yang bakal kita pilih dengan redha pada pendapat rakan-rakan dekat yang sokong UMNO, ibu bapa yang masih penyokong tegar kerajaan kerana takut kea potong duit pencen, atau pejuang Islam dalam selimut jenis bila diugut bertukar tempat kerja pun dah takut nak sokong pada Islam, atau jenis-jenis yang berpendirian ''saya tak suka la politik-politik ni'', atau jenis kaki makan duit, kain pelekat sepasang, hamper beras 5 kilo atau jenis-jenis lain lagi yang haprak masih lagi menyokong UMNO/BN.

Tolak UMNO/BN
Cukup-cukuplah kita bersama UMNO/BN. Sudah 50++ lebih dah mereka perintah Malaysia. Dari zaman Malaya sampai Malaysia. Umpama kereta buruk yang masih lagi kita duk tumpang ke sana sini. Driver saja tukar tapi kereta tetap kereta lama, buat macamana pun takkan jadi elok macam mula-mula beli dulu la kawan-kawan weh..

Kena Tipu
Sedar lah, kita masih lagi menggunakan Sistem Perundangan / Sistem Perlembagaan Persekutuan hasil dari tinggalan penjajah negara kita dulu kala, BRITAIN. Sebuah negara terangan-terangan yang anti pada Islam. Negara yang sengaja Allah Taala berikan kuasa menjajah untuk Allah Taala uji nikmat Islam percuma kepada bangsa-bangsa pilihan-Nya.

Ujian ini sebenarnya petanda kepada hint atau tanda-tanda Kemunculan Dajjal atau lebih mengerunkan Dunia Akhir Zaman.
rujukan : tengok video posting aku Sheikh Imran Hosein video 1-9 ( tengok sampai habis! )
  • Jangan tengok main-main. 
  • Jangan tengok jikalau masih tak percaya pada janji-janji Allah. 
  • Jangan tengok kalau masih tak suka berpolitik. 
  • Jangan tengok kalau masih lagi lalai dengan muzik dan facebook
  • Jangan tengok la kalau tak mau tengok.
  • Jangan tengok la kalau teringin nak masuk NERAKA.
Sedar atau tak sedar kita dah banyak ditipu, dibohongi, diperdaya oleh musuh-musuh Islam ciptaan Negara Barat dulu kini selamanya!!!

Sekarang pun, dunia dah heboh dengan ramai bukan Muslim convert to Muslim@ISLAM@agama ALLAH!!

Tetapi kita masih lagi bergelut dengan pertikaian hak bangsa. Masih lagi kita terperdaya dengan mainan ketuanan, mainan-mainan untuk kita lalai dan bermain!!!

Benarlah apa kandungan Quran
Sekarang di Malaysia, golongan-golongan Ulama, Guru Agama makin disempitkan salurannya untuk berdakwah dan menyatakan kebenaran. Jika orang-orang agama itu bercakap perkara yang benar mengenai ketidakbetulan Kerajaan, pasti orang Agama itu akan automatik di label sebagai Pakatan Pembangkang atau PAS.

Media pula sangat berperanan dalam pembohongan ni untuk menafikan kebenaran. Media terangan berlaku tidak adil. Media menutup segala itu dengan rancangan-rancangan berunsur hiburan untuk terus melalaikan anak-anak kecil.

Kita mengaku Islam tetapi kita tidak sedar bahawa sebenarnya kita bersekutu dengan Islam. Islam sendiri telah menjayakan segala kemusnahan yang di anjurkan Barat. 

Pernahkah kita berfikir, 'segagah mana suara pemimpin kita menegur kuasa-kuasa barat sedangkan kita sendiri masih lagi dengan Sistem Pemerintahan tinggalan nenek moyang mereka?

Bahkan kita sangat 'diuzurkan' bila di tentang walaupun dengan kaum lain di negara dan tanah air sendiri !!

Ini bukan cerita main-main..
Kita percaya rezeki itu datang daripada Allah. Kita gunakan segala yang ada di bumi, di dunia dan di merata-rata hasil dengan percaya ianya datang hasil rahmat Allah. Tetapi apabila Allah menyuruh kita mengunakan Sistem Pemerintahan ISLAM@ Sistem Pemerintahan ALLAH taala , kita dengan mudah menolaknya hidup-hidup dan terang-terangan.

Kita masih lagi mengagong-agongkan Sistem Pemerintahan Barat janaan Kristian@ Britain daripada ISLAM. Apakah melabel Malaysia sebagai negara ISLAM yang hanya Sultan-Sultannya masih lagi Ketua Agama ISLAM kita akan automatik menjadi negara Islam walaupun tidak menggunakan Perundangan ISLAM ?

Bolehkah begitu? Kamu makan hasil-hasil milik-Nya, Kamu lakukan pelbagai benda diatas tanah dan lindungan langitnya dan kemudian kamu tidak menerima Undang-undang milik-Nya

Memang Al-Quran itu BENAR. Segala janji-janji ALLAH taala terbukti terjadi dan berlaku di hadapan mata kita sekarang. Tanda-tanda akhir zaman yang Allah taala dan Nabi s.a.w sebutkan dulu terjadi pada hari ini.

Orang-orang agama semakin lama semakin 'dihapuskan'.. Dilantik mereka yang pandai beragama tetapi terpaksa menurut hukum yang ditentukan oleh Pemimpin walaupun ianya bertentangan dengan suruhan agama.

Orang-orang agama yang dilantik kerajaan ini bertindak sebagai tali barut untuk membenarkan kata-kata pemimpin yang tidak betul. Mereka hanya di berikan kuasa 'mikrofon' jika kes-kes tertentu sahaja. Mereka ini akan diam membisu jika apa pun perkara yang tidak benar itu daripada 'majikan' mereka sendiri.

Wujudkan ketakutan @ Islamophobia

Nilai ke-Islaman itu boleh dijual beli dengan mudah. PAS digembeleng bersetongkol dengan DAP untuk menakut-nakutkan Melayu Islam. nauzubillah.
Islamophobia sebenarnya lebih bahaya di tanah air kita sendiri. 

Bayangkan, PAS terpaksa bergabung dengan pakatan bukan Islam hanya untuk menjayakan agama Allah. Walhal negara kita ini majoritinya beragama ISLAM. Tetapi kita telah di perbodohkan dengan permainan bangsa. Wujud pelbagai cerita bangsa yang disengajakan untuk tujuan fitnah-menfitnah dan hasutan.

Kita harus sokong walaupun gabungan Pakatan Rakyat punya PKR ataupun DAP. Sekurangnya mereka lebih mudah untuk bersama PAS. Mereka masih boleh menerima prinsip2 PAS berbanding UMNO yakni Parti Melayu Islam itu sendiri. 

Kita ketinggalan segala-galanya di dunia ini hasil daripada sikap angkuh dan bongkak Kerajaan kita. Kerajaan kita telah syirik. Kita semakin syirik. Kita mempersekutukan Allah Taala. Kita mempersendakan Allah taala. Kita mengucap dua kalimah syahadah untuk akui keIslaman kita padahal kita tidak bersedia bahkan takut pada Undang-undang Allah. 

Kita bercakap Al-Quran itu lengkap tetapi kita menolak Undang-undangnya. Kita sudahpun bergelar munafik. 

Aku sebenarnya telah redha seadanya sekiranya apa pun yang berlaku dalam jadual perjalanan hidup aku.

Kemungkinan dibuang kerja, ditukar tempat kerja bukan lagi perkara yang takut pada aku. Aku bersedia untuk itu hanya kerana ISLAM. Aku percaya pada Qada dan Qadar Allah taala dan sekarang aku mencipta jalan Qada dan Qadarku.

Aku bersedia dengan segala apa ujian yang bakal Allah taala tentukan untuk aku kerana aku memang benar-benar yakin pada agama ALLAH yakni ISLAM !!!!

Aku ISLAM !!!! Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan ALLAH TAALA dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan dan pesuruh-Nya. 

Aku akan lalui jalan ISLAM di negara aku melalui PAS. PARTI AGAMA ISLAM SEMALAYSIA!! 
Aku berjuang pada tiket PAS hanya untuk ALLAH SWT !!!!!!

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!

pss: kita harus berani nyatakan pendirian kita untuk agama ALLAH!! Kerana 5 minit lagi tiada jaminan untuk kita hidup!!! 

Anda takut Allah atau anda takut kerajaan ??? Anda masih takut pada kerajaan bermakna anda tidak percaya rezeki itu datang daripada ALLAH taala !!!! 

5 komen:

retox8000 said...

Parti PAS yang kau sayang ni pun x buat hukum hudud.takut dengan kafir harbi.lagi parah dari UMNO.kalau nak pemerintahan Islam secara total boleh,PAS dan UMNO bergabung baru kafir takut dan hormat.tapi parti PAS yang tolak perpaduan sesama Islam apahal!patut kau satukan dua parti ini yang kiblat sembahyang nya sama.bukan jadi batu api pada umat Islam.gunakan blog kau ni untuk penyatuan Ummah bukan merobohkan Ummah.Takut dengan Allah ikut perintah Allah satukan umat Islam yang berpecah-belah.baru kita boleh cerita pemerintahan Islam.x best lah kau punya pendapat sebab penuh dengan syak wasangka dengan umat sendiri.aku cuma dapat doakan semoga semua umat Islam x kira lah parti apa bersatu mengerjakan perintah Allah,dan berdoa orang2 yang tidak suka kepada perpaduan Ummah dibuka pintu hatinya bersatu bersama umat Islam lain x kira parti apa pun.amin.(itu sepatutnya kau doa)

Wan Firdaus said...

assalamualaikum saudara..

saudara diturunkan di muka bumi ini sebenarnya cukup bernasib baik sebagai umat Islam baka! kita sangat2 bertuah kerana menjadi pilihan Allah berhubung nikmat Islam ini.

Persoalan-
1) Adakah Islam perlu menurut kehendak Bangsa? @ adakah ALLAH perlu menurut kehendak Hamba? (PAS pernah untuk bersama gabungan UMNO tetapi telah di tipu dan menjadi mangsa kepada permainan politik jahat yang kesudahannya membawa impak yang sangat hebat kepada penentangan parti yang memperjuangkan agama Allah SWT)

2)apakah kebaikan yang saudara rasai selama menjadi rakyat selama ini?

3)adakah saudara pernah merasai penderitaan hidup? -mungkin saudara ini dilahirkan daripada keluarga yang senang dan tak punya banyak masalah..

4)kenapa Chua Soi Lek teranga-terangan menhina Islam dengan dakwaan Islam itu mundur, lemah, ketinggalan zaman dan tidak bertamadun, Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan pun? Bukankah itu sebenarnya titik-titik menakutkan bukan Islam@ FOBhIA to Islam?

5) kenapa ulama-ulama di dalam PAS ni semua kena tentang dengan orang UMNO ? teruk sangat kah golongan ulama, guru agama, tok guru, ustaz hinggakan mereka di nafikan hak untuk bersuara di kaca tv?

6)tidakkah saudara perasan jika ada pun ustaz ataupun ahli agama bercakap di tv, mereka hanya di benarkan bercakap mengenai sejarah nabi2 dan bab2 yang tidak menyentuh persoalan politik? kenapa ya?

7)PAS tidak menjalankan hudud? kenapa ya? tanyalah kepada orang UMNO.. ataupun jika saudara masih lagi tidak di butakan hati oleh Allah SWT pasti saudara sendiri boleh menjawapnya. -tiada sokongan-sokongan kerajaan pusat sangat diperlukan-

8)dinar dan dirham hasil janaan kerajaan negeri Kelantan pun ditolak bulat-bulat oleh kerajaan Malaysia sedangkan penggunaan mata wang ini adalah suruhan Allah dan dunia sekarang mengakui kepentingan mata wang itu sendiri. (che-det ex PM pun akui kan saudara) (saudara sepatutnya search video Sheikh Imran Hosein-ulama dan ahli kaji terkenal ini)

9)tiada jaminan pun saudara jika PAS bergabung di bawah UMNO kan..?

10) saudara berubah la. cuba terima untuk sekali kepada perjuangan ISLAM ni. jangan la kita angkuh. jika saudara angkuh, apatah lagi pemimpin2 saudara. sudah tentu mereka lagi angkuh apatah lagi mereka pulak yang memegang pemerintahan.

11)saudara download la link ceramah agama kat atas tu. dengar dan faham. dalilnya dari nas-nas Quran dan as Sunnah.

12)tambahkan la ilmu pengetahuan kita dengan mempelajari ilmu agama wahai saudara. itu yang terbaik untuk kita sebagai insan yang lemah ni..

13)esok lusa kita tak tau hidup atau mati, jadi 'change' la profile politik tu kepada perjuangan ISLAM ye saudara.

14)saudara boleh komen lagi. saya sangat suka mendapat feedback seperti ini. saya pun tidak cerdik dan pandai, tetapi saya boleh menerima Islam dan perjuangan Nabi SAW serta sahabat2 Baginda dalam menegakkan ISLAM.

15)istighfar bro. mengucap semula 2 kalimah syahadah dan fahami apa huraian kita mengucap tu. sementara gerbang doa untuk bertaubat belum tertutup. saya pohon maaf andai saudara masih tidak puas hati. saya hanya umat Islam yang 'lemah', dan saya akan gagahi untuk melawan umat Islam yang lagi-lagi 'lemah'.

pss: jika saudara menanggap Quran itu hanya bercerita dan bukan menasihati untuk kita sebagai Islam menggunakannya sebagai panduan/pengajaran, baik saudara cermin hati saudara. takut kita dah tertanam benih syirik2 kecil.. bahaya saudara..tak bau syurga kita nanti..nauzubillah. harapnya tak adalah samapai tahap tu ya. amin ya rabbal alamin. wassalam.

retox8000 said...

dol,mcm yang aku ckp tadi lah doa sembahyang hajat,cerita benda baik2 dari saudara Islam kita pada orang bukan Islam,bukan kondem saudara sendiri.berkata lembut,nasihat yang lembut mcm Nabi Muhammad.cuba kau baca pemerintahan dan sunnah nabi lak.cara kau adalah cara berputus asa dengan saudara Islam kau sendiri.Ulamak mana yang menyokong PAS boleh kata orang Islam lain kafir.sejarah memang amat penting mcm yang kau cerita tadi pasal pemerintah UMNO khianat dengan PAS.itu tahun berapa pulak.sekarang siapa yang memegang UMNO,x sama masa zaman dulu.apa yang kita takutkan dengan perpaduan dengan umat atau saudara Islam kita berbanding kafir harbi yang nak menjatuhkan bukan sahaja pemerintahan yang sedia ada bahkan Islam itu sendiri.apa yang PAS dah buat bagi pembangunan salsiah dan sosial orang Islam Malaysia?bagaimana pula sistem mahkamah syariah,bagaimana pula per bank an Islam sekarang ni?siapa yang buat siapa yang bagi idea?PAS ada beri sumbangan dari segi itu tak?walaupun tidak selengkap yang diharapkan tapi usaha ke arah itu ada,dari PAS dok heboh hukum hudud lah tapi x gak berhasil,takkan sekali je membangkitkan isu hukum hudud ke parlimen kenapa x beratus kali mencuba.si kafir yang buat mentol tu pun 999 kali atau cara nak hidupkan sebiji mentol.tu mentol.usaha nak menaik martabat Islam atau dakwah zaman nabi sehingga berperang dan mati syahid.dengan pakatan yang PAS join sekarang aku nak tanya kaulah,kau jawab secara jujur dari lubuk hati yg bersih,boleh ke PAS menaikkan sistem pemerintahan Islam di Malaysia dengan DAP dan PKR yang memang leberal?apa komen kau tentang kapal karam singer"langkah mayat saya dulu jika mahu pemerintahan Islam dijalankan di Malaysia."maki hamun orang PAS yang dikatakan ulamak pada umat atau saudara Islam sendiri mcm mana lak?bayang kanlah Nabi Muhammad masih hidup,mungkinkah dia akan menyokong sesebuah parti yang memanggil saudara Islam nya kafir.aku rasa kalau baginda masih hidup dia akan menyatukan kedua parti Islam ni dan menegur secara baik kedua parti supaya berdamai.kau rasa mcm mana.aku x suka PAS sebab PAS dulu x sama mcm PAS sekarang penuh dengan cakap tak serupa bikin.kata parti Islam tapi tindakan dan cara hidup langsung tidak mencerminkan Islam sebenar.

retox8000 said...

jangan lupa kalau senang tengok video ni http://www.youtube.com/watch?v=63_QS5pIW_k&feature=player_embedded
yang ni sekali
http://www.youtube.com/watch?v=zXcUfB0rAqU. apa kata ubah perjuangan dari jatuhkan umat atau saudara sendiri ke penyatuan umat bagi menghadapi musuh Islam.saya bukan bercakap pada awak sahaja saya juga bercakap pada diri sendiri.

Wan Firdaus said...

saya dah dengar apa yang bro rekemen untuk saya tadi..
so sekarang bro dengar plak apa yang saya rekemen untuk bro
http://gengjaat.blogspot.com/2010/12/islam-ditindas-demokrasi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...