Dan jika UMNO menjadi Pemerintah yang luhur, jujur, adil, saksama pasti tidak akan wujud perpecahan di kalangan orang Melayu.
Parti hanya pecah belahkan orang Melayu
KEMAMAN (Terengganu): Sudah tiba masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan bagi kepentingan individu tertentu dan bukannya perjuangkan kepentingan rakyat.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti itu perlu dibubarkan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam.
'Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.
'Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.
'Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu,' katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini' pada program Syarahan Perdana di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini kelmarin, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat setempat.
Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.
Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.
Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara Barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.
Mengenai cadangan pembubaran PKR pada sidang akhbar selepas itu, Dr Mahathir berkata, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini telah terpecah kepada tiga kumpulan.
'Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan.
'Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli,' katanya. -- Bernama.

PSS : BN (UMNO+MCA+MIC) Kenapa bila Chua Soi Lek mempersenda, menghina Islam, UMNO tidak mengambil apa-apa tindakan? Tidakkah itu namanya 'untuk menghancurkan' ? Jika negara kita majoriti Melayu itu Islam, tidakkah Soi Lek itu boleh dianggap individu yang pecah belahkan Islam? Inikah gabungan yang rakyat harus pilih? Gabungan yang sangat memperkecil dan menghina agama ALLAH SWT? nauzubillah. Tidakkah MCA itu lebih kotor daripada DAP ?? -Jika kita peka pada ISLAM, jika kita percaya pada akhirat, pilihlah jalan politik yang membela ISLAM. Inilah yang terbaik untuk sedikit IMAN pada ISLAM !!!
0 komen:
Post a Comment