Tuesday, November 23, 2010

Menteri kehakiman Jepun letak jawatan kerana terlepas cakap?

Menteri letak jawatan hanya kerana terlepas cakap ?! 
Jauh berbeza dengan En Samivellu a.k.a bekas Menteri daripada Malaysia.


TOKYO: Menteri Kehakiman Jepun, Encik Minoru Yanagida, telah meletak jawatan selepas didapati menimbulkan kemarahan awam apabila menyatakan tugasnya sebagai menteri kabinet adalah mudah.

Berita mengenai peletakan jawatannya itu disiarkan oleh stesen penyiaran awam, NHK, dan media lain, awal semalam.

Minggu lalu, Encik Yanagida, 56 tahun, memberitahu penyokongnya di kawasan Parlimennya di Hiroshima bahawa menjadi Menteri Kehakiman adalah mudah.

Ini memandangkan beliau hanya perlu mengingati dua ayat yang biasanya digunakannya di Parlimen ketika beliau sukar memberikan jawapan.

Beliau kemudian memberitahu dua ayat itu ialah: 'Saya ditegah daripada memberi komen mengenai kes individu' dan 'Saya bertindak berasaskan lunas undang-undang dan bukti yang ada.

Menyusuli kenyataan itu, pihak pembangkang, Parti Demokratik Liberal pada awalnya dijadualkan mengemukakan usul bantahan terhadap Encik Yanagida di Parlimen semalam.

Parti pembangkang juga mengancam menyekat pakej rangsangan ekonomi yang baru daripada diluluskan di Dewan Senat.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Encik Yanagida yang dilantik sebagai Menteri Kehakiman dua bulan lalu, berkata:

Secara jujur, saya terlepas cakap. Memang salah saya apabila saya membuat kenyataan cuai serupa itu dan saya percaya saya perlu meminta maaf.'

Encik Yanagida adalah menteri yang pertama meletak jawatan selepas Encik Kan merombak kabinetnya pada pertengahan September lalu. - WP

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...