Wednesday, November 24, 2010

Tiga sepupu diliwat rakan sendiri

Apa sudah jadi? Dari manakah pengaruh perbuatan seumpama ini? Adakah sumber seks terlalu murah untuk didapati di negara kita sekarang? Kalau benar sebegitu dimanakah peranan ibu bapa, abang2, kanak2 kepada kanak-kanak ini? Mahukah kita lihat saudara mara kita di palit memori hitam sebegini seawal usia mereka? Nauzubillah..

BATU PAHAT: Tiga sepupu berusia lima hingga enam tahun menjadi mangsa liwat rakan sepermainan mereka yang berusia antara sembilan dengan 12 tahun, dipercayai akibat mahu melakukan percubaan seks luar tabii di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana, di sini, pada 16 November lalu, lapor sebuah akhbar setempat, semalam.
KESUCIAN DINODAI: Tiga sepupu ini telah diliwat di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana, Batu Pahat, Johor, sehari sebelum perayaan Aidiladha. 
Akhbar Harian Metro melaporkan bahawa empat kanak-kanak berusia antara sembilan dengan 12 tahun telah meliwat ketiga-tiga sepupu itu, yang dikatakan telah diugut akan dipukul jika mendedahkan kejadian tersebut kepada orang.

Namun, perbuatan itu terbongkar apabila abang kepada salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun, menyaksikan kejadian itu dan bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu keluarganya.

Ibunya, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Min, 20-an tahun, berkata, anaknya pulang dan memaklumkan bahawa adiknya 'dijolok' di rumah contoh berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada 2.30 petang itu.

Berang, Cik Min mahu memukul anaknya itu, tetapi tidak meneruskan hasratnya itu apabila mangsa dan dua sepupunya pulang.

Anak saya dan dua sepupunya itu meminta abangnya tidak menceritakan apa yang dilihatnya. Saya hairan dan meminta penjelasan daripada mereka. Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu dan terus membawa ketiga-tiganya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk membuat laporan,' katanya kepada Harian Metro, kelmarin.

Cik Min kemudian membawa ketiga-tiga kanak-kanak itu untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Batu Pahat, dan doktor mengesahkan adanya tusukan lama dan baru pada dubur seorang daripada mangsa, serta tusukan baru pada dua lagi saudaranya.

Ketiga-tiga mangsa terpaksa menyambut Aidiladha dalam wad hospital berkenaan dan hanya dibenarkan pulang pada Jumaat lalu.

Polis telah menahan empat kanak-kanak yang terbabit dalam kes tersebut.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...