Friday, November 26, 2010

Penjawat awam Singapura dapat bonus 2 bulan !!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan 
Salam 1 Malaysia(macamana nak jawap?)
Sudah nampak bayang-bayang kakitangan awam tidak mungkin akan menikmati bonus tahun ni :(
Namun kerajaan Malaysia ambik hati para kakitangan awam dengan menjanjikan bonus bantuan ke-2 tahun ini dengan tambahan lagi RM500 pada hujung tahun ni.(tak cukup nak bayaq duit kereta pun..)

Apa-apa pun penjawat awam kenalah bersyukur dan redha dengan apa yang di beri oleh kerajaan. Apa lagi yang boleh di harapkan melainkan undi anda pada PRU-13 nanti JIKA anda semua tidak puas hati. Hahahahha..

Pada aku ok laa penjawat awam dapat RM500 daripada rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta. Depa semua ni lagi laa, apa satu pun tak dapat melainkan syarikat-kompeni-kilang depa bagi bonus. InsyaAllah..
Tetapi lain pula dengan negara jiran kita, Singapura.. Semalam kerajaan Singapura telah menjanjikan bonus kepada semua penjawat awam di negara depa.. Huhuhuhu..
Baca lah berita yang aku copy paste daripada sumber yang boleh dipercayai daripada negara depa. Mungkin cara pemberian bonus kerajaan Singapura ini patut dijadikan contoh untuk mendidik pekerja di sektor awam mahupun swasta untuk kearah cemerlang, gemilang dan terbilang..

Bonus dua bulan bagi pekerja sektor awam
Bayaran khas pada Mac bagi kakitangan yang baik kelakonan

KAKITANGAN perkhidmatan awam akan menerima bonus sebanyak dua bulan gaji bulan depan.

Bonus itu merangkumi bonus Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) sebanyak satu bulan gaji dan Elaun Tahunan Bukan Pencen (NPAA), atau gaji bulan ke-13.

Dengan bonus AVC sebanyak 0.5 bulan dan bayaran khas sebanyak $300 yang telah mereka nikmati Julai lalu, kakitangan awam secara keseluruhannya menerima bonus sejumlah 2.5 bulan campur $220 tahun ini.

Kakitangan awam yang menunjukkan kelakonan baik akan menerima Bayaran Berubah-ubah Khas (SVP), atau yang dikenali sebagai Bonus Pertumbuhan antara 1 dengan 1.6 bulan gaji pada Mac depan (2011).

SVP diagihkan apabila Singapura menikmati pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, dan bayarannya berubah-ubah bergantung kepada kelakonan individu.

Ini diumumkan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) meramalkan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) dijangka tumbuh 15 peratus tahun ini.

Tahun lalu, kakitangan awam menerima bonus lebih rendah, sebanyak 0.25 bulan, tidak melebihi $750 sementara kakitangan awam peringkat rendah menikmati pembayaran penuh akhir tahun sebanyak suku bulan itu. Kesemua kakitangan awam juga menerima gaji bulan ke-13.

'Pada Mac 2011, kakitangan awam yang memaparkan kelakonan yang baik akan menerima satu bulan gaji dan mereka yang menunjukkan kelakonan yang lebih baik akan menerima sehingga 1.6 bulan gaji, sementara mereka yang menunjukkan kelakonan yang mengecewakan tidak akan menerima sebarang SVP,' jelas PSD lagi.

Namun penyesuaian gaji bagi pegawai Perkhidmatan Pentadbiran, dan pemegang jawatan politik, kehakiman dan berkanun akan terus dibekukan.

'Walaupun Singapura menikmati pemulihan ekonomi yang kukuh pada 2010, pemerintah memutuskan untuk menangguhkan dahulu penyesuaian gaji bagi pegawai Perkhidmatan Pentadbiran dan pemegang jawatan politik, kehakiman dan berkanun,' jelas PSD lagi.

Mengulas mengenai bayaran bonus itu, Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Cik Halimah Yacob, berkata bonus yang lebih tinggi itu mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang baik.

'Bayaran bonus yang lebih tinggi juga menunjukkan bahawa Skim Bayaran Berubah-ubah di perkhidmatan awam dilaksanakan secara baik kerana pekerja diberi ganjaran lebih rendah semasa waktu sukar dan diberi ganjaran lebih tinggi apabila ekonomi tumbuh dengan baik,' jelas Cik Halimah lagi. news from CyOnlineSgp



Lagi cerita berkenaan bonus

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...