Hmmm.. Aku rasa jika keadaan ini berlarutan, fungsi SPRM jugak akan mampu mengalahkan PDRM ni. Terfikir pulak aku, bagaimana pegawai-pegawai SPRM ni di pilih untuk menjawat jawatan tu? Adakah mereka ni di kalangan cerdik pandai agama? atau ahli silap mata? atau ala-ala Joe Jambul? hehehe.. (SPRM jangan la marah)
Bagus jugak cadangan tu. Jika SPRM ada lokap sendiri, senang lah pengaudit2 luar menilai tahap kerakusan gejala rasuah di negara kita ni.. Untung-untung corrupsion index negara kita akan makin bertambah naik. hahaha.
Susahnya rakyat negara Malaysia ni untuk berlaku jujur. Kenapa jalan haram jugak yang dipilih..? Susah sangat ka untuk 'deal' dengan Jabatan-jabatan Kerajaan ni hingga sanggup mengadai maruah diri untuk terima rasuah?
Atau si penerima tu sangat memerlukan duit? Atau si pemberi itu sangat memerlukan kerjasama dengan kakitangan awam untuk memudahkan urusannya? Macam2 cerita yang bermain di fikiran aku sekarang ni..
Tapi yang peliknya, yang di tangkap itu semuanya anak-anak ikan.. Bapak-bapak dan mak-mak ikan tak pulak kena tangkap.. Bagaimana dengan kes PKFZ? Macam senyap sunyi gumpita je.
Entahlah labu..inilah perjalanan hidup namanya.. macam2 hal boleh jadi tanpa kita sangka.
Mungkin jala yang dipasang SPRM tak cukup besar untuk tangkap bapak2 dan mak2 ikan tu.. hahahaha
Ni cerita sebenar yang aku copy paste daripada web ''penyebar@perosak fikiran rakyat".. korang bacalah..
Cadang bina lokap sendiri
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merancang membina lokap, gudang barang kes, dan dewan serbaguna di semua pejabat SPRM negeri dalam memantapkan pengendalian kes berkaitan rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, projek itu dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dengan permohonan peruntukan sebanyak RM192 juta.
"Sebelum ini, kita terpaksa berkongsi lokap dengan pihak polis.
"Setakat ini, hanya pejabat SPRM Putrajaya dan Negeri Sembilan yang mempunyai lokap dan gudang barang kes sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Kompleks Pejabat dan Perumahan SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan, Ir. Adanan Sukri Musa di sini hari ini.
Zakaria memberitahu, kompleks pejabat baru SPRM Wilayah Persekutuan yang dilengkapi kemudahan prasarana terkini akan beroperasi Isnin ini.

Zakaria berkata, kompleks lima tingkat bernilai RM32 juta di Lot 1246, Jalan Cochrane ini lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih.
Katanya, terdapat 110 bilik pegawai, satu bilik mesyuarat utama dan empat bilik mesyuarat dan tiga bilik gerakan dengan kapasiti 30 orang setiap satu bilik.
"Selain itu, kompleks pejabat ini turut dilengkapi bilik media, bilik runding cara, bilik soal siasat, bilik aduan, perpustakaan, galeri, bilik air untuk orang kurang upaya (OKU) serta 258 tapak tempat letak kenderaan bagi memberikan keselesaan kepada pegawai SPRM dan orang ramai.

"Kompleks pejabat ini merupakan fasa pertama bagi projek pembangunan Kompleks Pejabat dan sambungan fasa kedua kompleks Perumahan SPRM Wilayah Persekutuan sekiranya mendapat peruntukan daripada kerajaan," katanya. - Utusan
pss: kalau SPRM yang makan rasuah, sapa pulak yang tangkap ye..?huhuhu
Lagi cerita?
Lagi cerita?
0 komen:
Post a Comment