Gejala ini sebenarnya seperti sudah lali di negara kita cuma belum sampai ke tahap di war war di dalam Internet..
Peningkatan ini pastinya bukan sesuatu yang boleh di banggakan.. Jadi..
Jangan kita leka dengan anak-anak remaja. Pantaulah mereka, awasi gerak langkah mereka..
Jangan hari ini kita merana anak-anak remaja penuh di lokap juvana..
Dan mungkin besok, lusa akan ada lagi anak-anak yang bakal tertembak..
Ibu bapa.. awasilah anak-anak anda!!
TIDAK MENYEMBUNYIKAN PELIBATAN: Remaja-remaja ini dipercayai terlibat dalam kegiatan samseng dan telah memuatnaikkan gambar mereka ke laman sosial Friendster. -- Foto FRIENDSTER |
Semakin ramai remaja Melayu sertai kumpulan samseng
JUMLAH remaja Melayu yang melibatkan diri dalam kumpulan samseng dikhuatiri semakin meningkat.
Malah, ramai remaja Melayu bawah umur juga semakin tertarik menyertai kumpulan sedemikian.
Pemeriksaan Berita Harian menunjukkan samseng remaja sekarang bukan saja mencacah tatu, bahkan semakin berani mendedahkan di Internet, seperti di Friendster, Facebook dan YouTube, identiti dan kumpulan yang disertai mereka.
Seorang pesara polis yang lebih 20 tahun menangani kes kongsi gelap dan samseng remaja berkata, peratusan remaja Melayu yang terlibat dalam kegiatan samseng telah meningkat daripada sekitar 10 peratus pada 1980-an dan 1990-an kepada sekitar 30 peratus sekarang.
'Pada tahun-tahun 1990-an, kumpulan kongsi gelap Ang Soon Tong bergiat di kawasan Boon Lay dan Gee Hai Kim di kawasan Jurong East. Mereka sering berkelahi. Masa itu sahaja dah ramai budak- budak Melayu masuk kumpulan- kumpulan ini.
'Sekarang macam-macam nama kumpulan kita dengar, port (tempat berhimpun) dia orang pun dah merata-rata. Bawa pisau atau parang bukan cerita baru,' ujar pesara polis yang tidak mahu dikenali itu.
Kelmarin, dua remaja Melayu berusia 16 dan 17 tahun diberkas kerana menayangkan sebilah parang dan bergambar dengannya semasa menaiki MRT pada 31 Disember tahun lalu.
Minggu lalu pula, empat remaja Melayu berusia antara 16 hingga 18 tahun - seorang daripada mereka perempuan - diberkas kerana memiliki parang di Costa Sands Resort.
Beberapa remaja Melayu yang ditemui akhbar ini mengaku terlibat dalam kegiatan samseng.
'Kawan 'pakai baju', saya pun nak 'pakai baju'. Kalau ada apa-apa, dia orang jaga,' kata seorang penghantar barangan berumur 21 tahun yang menyertai sebuah kumpulan samseng bernombor sejak di bangku sekolah.
'Pakai baju' bererti menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap.
'Nama saya, nama kawan, nama kumpulan kena jaga bang... Takkan member (kawan) kena (pukul) kita diam,' tambahnya.
Tatu keanggotaannya dan beberapa parut luka akibat pergaduhan menggunakan senjata jelas kelihatan pada lengannya.
Bagaimanapun, pemerintah mendedahkan baru-baru ini jumlah remaja yang diberkas kerana merusuh telah mantap.
Perangkaan sejak 2006 menunjukkan sekitar 500 remaja diberkas kerana merusuh setiap tahun. Seramai 278 remaja ditahan sepanjang enam bulan pertama tahun ini bagi kesalahan itu.
Dalam pada itu, hampir 200 orang yang terlibat dalam kumpulan kongsi gelap sekarang ditahan di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara).
Akta ini diperkenal pada 1955 bagi membolehkan pihak berkuasa menahan tanpa perbicaraan seseorang yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah.
Mengulas mengenai masalah samseng di kalangan remaja Melayu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pendidikan), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:
'Terdapat program yang disasarkan terhadap remaja Melayu bawah umur dan keluarga mereka.
'Sebagai contoh, MCYS (Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan) bekerjasama dengan pihak masjid untuk remaja mengikuti program intervensi dan melaksanakan perintah khidmat masyarakat (yang dikenakan ke atas mereka).
'Sukarelawan Melayu pula dilatih untuk memberi lebih banyak bantuan kepada remaja dan keluarga Melayu.
'Jika kita dapat bekerja bersamasama dengan penuh yakin bagi membantu yang lain dalam masyarakat kita, kita akan dapat melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah masyarakat Melayu.'

0 komen:
Post a Comment