teruskan membaca..
GUANGZHOU: Malaysia tidak seharusnya mula mendabik dada dengan pencapaian sembilan pingat emas dalam kempen Sukan Asia Ke-16 di sini walaupun ia merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah sukan itu.
Selepas Majlis Sukan Negara (MSN) menabur jutaan ringgit menyediakan barisan atlit, kontinjen Malaysia meraih sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa untuk menduduki tangga ke-10 dalam carta pungutan pingat di Guangzhou.
Berdasarkan persiapan selama empat tahun, Malaysia hanya menunjukkan peningkatan sedikit selepas merangkul lapan emas, 17 perak dan 17 gangsa untuk menduduki tangga ke-11 pada edisi 2006 di Doha, Qatar.
Bagaimanapun, pencapaian Malaysia itu jauh berbeza dengan apa yang dicapai tuan rumah, China, sejak edisi Doha dan 199 butir emas, 119 perak dan 98 gangsa yang dikumpul membuktikan negara Tembok Besar itu adalah kuasa besar dalam sukan di rantau Asia.
Di Doha, China mengumpulkan 166 emas, 87 perak, 63 gangsa dan jumlah pungutan emas kali ini adalah tambahan 33 emas berbanding hanya satu untuk Malaysia.
Korea Selatan pula menunjukkan peningkatan ketara dengan menjadi naib johan selepas mengutip 76 emas, 65 perak dan 91 gangsa berbanding 58 emas, 53 perak dan 82 gangsa pada saingan di Doha.
Walaupun mengekalkan kedudukan ketiga dalam carta pungutan pingat, persembahan Jepun secara keseluruhan merosot sedikit berbanding di Doha apabila merekodkan 48 emas, 74 perak dan 94 gangsa, iaitu kekurangan dua emas yang dicapai pada 2006.
Kilauan emas Malaysia dihadiahkan oleh sukan squash iaitu tiga emas, bowling (2), karate (2), wushu (1) dan berbasikal (1) manakala beberapa sukan yang disandarkan emas terlepas, khususnya dalam sukan badminton, iaitu antara sukan yang diharap membawa pingat emas pertama dari Sukan Olimpik.
Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, dan beregu utama, Koon Kien Keat-Tan Boon Heong, sekadar berpuas hati dengan pencapaian pingat perak.
Persembahan pemain wanita pula amat mengecewakan selepas gagal layak ke peringkat memburu pingat.
Prestasi beberapa jenis sukan seperti olahraga, sepak takraw, memanah, menembak, kriket, tinju, golf, lawan pedang, catur dan skuad hoki wanita bertambah parah.
Namun, kekecewaan beberapa jenis sukan itu diubati dengan pencapaian cemerlang skuad hoki lelaki yang julung kali layak ke final sebelum meraih pingat perak dalam sejarah sukan itu.
Dalam acara olahraga, atlit Noraseela Khalid, yang berlatih di luar negara hampir sedekad lalu, gagal mewajarkan perbelanjaan besar dan masa yang dicurahkan apabila hanya menduduki tempat kelima dalam acara 400m lari berpagar.
Prestasi atlit lompat tinggi, Lee Hup Wei, dan atlit lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu, juga amat mengecewakan.
Malaysia gagal menampilkan atlit dalam acara pecut, larian jarak sederhana dan jauh, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, lompat jauh, lompat kijang dan lontar tukul besi.- Bernama.

lagi cerita sukan..
0 komen:
Post a Comment