Thursday, December 2, 2010

Ikat jamin bagi 21 pengikut ajaran sesat

KAJANG: Seramai 21 orang pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini kelmarin.

Kesemua suspek yang terdiri daripada 13 rakyat Malaysia, enam warga Indonesia dan dua Bangladesh itu dibawa ke mahkamah oleh para pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memohon jaminan untuk membolehkan pihak pendakwaan meneruskan siasatan berhubung kesalahan mereka mengamalkan ajaran sesat.
Mereka yang ditahan selepas solat Jumaat di Lot 34 dan 38 Jalan Sungai Tangkas, Kajang, pada 26 November lalu itu dibebaskan dengan ikat jamin antara RM1,500 (RM625) dengan RM8,000.

Hakim Syarie, Encik Abdul Halim Abdullah, mengarahkan suspek rakyat Malaysia dijamin isteri atau keluarga masing-masing, manakala warga asing perlu mengemukakan antara 10 dengan 12 penjamin.

Hakim juga menetapkan 28 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Beliau juga mengarahkan supaya pasport milik lapan warga asing itu diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Abdul Halim mengingatkan kesemua suspek berusia 29 hingga 55 tahun itu supaya memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan.

Mahkamah dimaklumkan oleh Pendakwa Syarie, Encik Mat Isa, bahawa Jais sudah mengambil keterangan sembilan suspek.

Kesemua suspek didakwa menyebarkan ajaran sesat dan mendirikan bangunan untuk bersolat tanpa kebenaran.

Pada Sabtu lalu, akhbar Harian Metro melaporkan bahawa pegawai penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan tersebut, yang taasub mendengar khutbah dalam bahasa Arab.

Selepas selesai bersolat, pegawai penguat kuasa Jais mengepung surau tempat pengikut IJ bersolat dan menahan 21 lelaki.

Ajaran IJ difatwakan menyelewang oleh kerajaan Selangor selepas berlaku penyelewengan yang memesongkan akidah, termasuk menolak sumber hukum ijmak dan kias.

IJ berkata najis mughallazah tidak perlu disamak, binatang yang mati di dalam perkampungan IJ tidak perlu disembelih dan halal dimakan.

Siasatan Jais mendapati IJ mempunyai 1,000 pengikut, kebanyakan mereka daripada kelas menengah. - Harian Metro.

pss : kalau orang umno kata TOK GURU sesat, panggil la jabatan agama pi siasat, jangan reti hentam saja,. Ilmu agama kalau senipis kulit bawang, jangan la pandai2 kata orang sesat.. bodoh sombong namanya tu..

Lagi cerita..

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...